Friday, June 24, 2011

Ular (2)

Dulu-dulu tahun 50-an dan 60-an,jika ada orang kampung buat kerja kawin,maka 2-3 minggu sebelum tarikh kenduri berkenaan, akan ada satu aktiviti penting orang kampung Paya Nedam iaitu ditetapkan satu tarikh untuk datang ramai-ramai mendirikan balai untuk digunakan bagi majlis jamuan kenduri,masa tu tak ada khemah makan atas meja seperti hari ini. Balai tersebut luasnya lebih kurang 30x30 kaki persegi bertiangkan batang kelapa tingginya separas pinggang,dicacakkan di atas tanah dan diletakkan kayu rasuk lalu diaturkan papan di atasnya,diikatkan buluh sebatang di sekelilingnya sebagai penyandar,bumbungnya pula daripada atap nipah/tikar plastik/zink,ada pula tangga yang mempunyai 2-3 batang anak tangga untuk naik ke atas balai tersebut,keseluruhan balai ini bahannya dibuat daripada buluh,batang kelapa dan batang pinang belah, maka di atas balai inilah orang kampung siang daging,potong bawang,parut kelapa (guna kukur) pada sebelah pagi serta para jemputan makan nasi (duduk bersila),berzanji,marhaban,dikir barat/qasidah (sebelah malam) serta balai inilah juga tempat budak-budak kampung tidur bagi menunggu pengantin bersanding pada jam 4.00 pagi.Zaman tu belum ada lampu elektrik,maka suasana malam rumah pengantin hanya diterangi oleh lampu minyak tanah serta 1-2 biji lampu gasolin sahaja.

Kerja budak-budak yang pertama ialah apabila nasi kawah telah masak biasanya pada jam 10-11 pagi maka beraturlah ramai-ramai di gedohok/balai memasak dengan daun pisang atas tangan masing-masing untuk mendapatkan kerak nasi yamg diagihkan oleh tukang masak kemudian dicurahkan kuah kari di atasnya atau dimakan begitu saja jika kari belum masak - orang tua-tua pun suka makan kerak nasi ni. Majlis makan pula biasanya mulai jam 1.00 t.hari bawa hingga ke maghrib/malam pun . Lain-lain kerja budak-budak sepanjang hari tersebut ialah main kejar-kejar,sebelah malamnya pula main lon/sembunyi-sembunyi iaitu seorang kena mencari sementara yang lain-lain pergi sembunyi secara bergiliran dengan peraturan tertentu.

Pada satu hari ada kenduri kawin di rumah arwah Tok Yat,masa tu jam lebih kurang 11 pagi,seperti biasa orang dewasa sedang sibuk memasak di gedohok sementara kanak-kanak pun macam biasa berlari ke sana-sini main kejar-kejar/main aci. Baba pun main aci jugak,lari punya lari sebab takut dapat ditangkap oleh kawan yang mengejar sampai terjatuh di atas jalan merah lebih kurang 50meter dari rumah pengantin,terjatuh betul-betul di hujung ekor seekor ular tedung selar sebesar betis orang dewasa sepanjang 12 hasta,nasib baik kepala dan badan ular tedung selar tersebut telah lepas masuk ke dalam semak cuma tinggal hujung ekornya sahaja lagi di tepi jalan, punya le takut serta terperanjat beruk,lembut lutut tak dapat nak bangun lagi terus pusing ke belakang dan lari pakai merangkak saja, dah jauh sikit barulah dapat bangun dan terus berlari kasi tau pada orang dewasa,mereka ramai-ramai memintas ular tersebut dan akhirnya ular tedung tersebut berjaya di bunuh oleh orang kampung hanya dengan dipukul dengan kayu sahaja.Kalaulah ditakdirkan ular tersebut baru saja nak melintas jalan,tiba-tiba ada pulak budak berlari serta terjatuh di hadapannya,tentu ada yang telah arwah,nasib baik umur masih panjang dapatlah kawin dengan Salmi,alhamdulillah. Jumpa lagi akan datang.

6 comments:

Unknown said...

hahaha....pukul 4 pagi bersanding. awal benor. jenuh nak tahan mate. tesengguk2 atas pelamin. subuh pun blum masuk lagi. rumah kite pun nanti buat le stail macam tu. buluh dah ade. pokok kelape ade le 2 batang. tapi orang yang nak buat tu ade 2-3 kerat. pak kalid, bunas, bangah, lawi, udin pun bleh lah

Raop bukan nama sebenar said...

pukul 4 pg bsanding? lambat tu pengantin nak tunggu malam pulak.haha.

haritu ada ular tedung yang mati depan rumah tu, sempat berhenti ukur panjang motor dgn ular tu. fuhh gerun+geli geleman.

Ehhem, Ba, nak kawen boleh? haha. [takut nak tanya direct.cengeh ho]

bukan baba sebenar said...

-buleh punyaaa..

raop bukan nama sebenar said...

haha.

cis. bukan baba sebenar ni aku tau sapa.

buconnnnneeee.

gulakapas49 said...

oi...aku tak terlibat eh...hahaha..pepandai je.

bukan baba sebenar tak kantoi lagi said...

suma suma sekali buleh kawen aih!