Thursday, June 2, 2011

Kenduri

Kenduri ada kaitan yang rapat dengan makan. Maka terbitlah istilah 'makan kenduri' Jika di Kedah kebiasaannya apabila terpandang seseorang kenalan yang sedang melintas di hadapan rumah,maka tuan rumah pun akan menyapa: "hoi nak pi mana tuu" jawab: "nak pi makan kenduri" Ada macam-macam kenduri,seperti kenduri kawin,kenduri arwah,bersunat,cukur kepala (cukur rambut),bertunang,sambut puasa,kesyukuran,doa selamat,beras baru dsbnya.

Menjadi amalan orang tua-tua dulu (sekarang pun) berkenduri setidak-tidaknya sekali setahun iaitu kenduri arwah (membaca tahlil untuk arwah ibu bapa,datuk nenek,anak-anak atau adik beradik yang telah meninggal dunia lebih dulu).Kalau kenduri kawin pun,maka pada malam sebelumnya atau sejurus sebelum makan pada hari kenduri tersebut biasanya tuan rumah akan menjemput imam untuk membuat sedikit doa arwah. Ini merupakan satu adat/amalan atau tradisi yang baik yang tidak sepatutnya ditinggalkan oleh generasi baru.

Soal makanan apa yang perlu dimasak untuk dijamu pada hadirin tak perlulah dirisaukan sangat - boleh saja makan nasi atau laksa/bihun/mee,roti cicah bubur kacang,pulut durian/cempedak atau cuma memadai dengan kuih saja,yang penting tradisi ini wajar diteruskan - sebab ada hadis Nabi SAW yang bermaksud: apabila bertemu dengan sesama Islam/kenalan maka ucapkan salam kepadanya dan berikanlah dia makan/makanan, au kama qaala.

Kalau tak dapat mengadakan kenduri di rumah kerana pelbagai faktor,maka boleh juga diadakan di surau saja pada malam jumaat terutama kenduri yang kecil-kecilan,kalau tak boleh pula nak dimasak sendiri dan dihidang maka makanannya boleh ditempah cara 'packing' saja - tapi eloklah jika setahun sekali sekurang-kurangnya dapat jemput pak imam serta orang ramai bertahlil di rumah kita,kerana ini salah satu cara untuk membawa rahmat dan keberkatan masuk ke dalam rumah kita di samping menghindar perkara-perkara yang tidak diingini,InsayAllah - Kalau masih tak dapat juga nak dipraktiskan amalan kenduri di atas,kerana banyak sangat halangan,maka sesekali apabila berjumpa dengan kawan-kawan sama ada di tempat kerja atau di luar waktu kerja apalah salahnya belanja mereka sepinggan mee dan secawan teh sambil tu diam-diam niatkan dalam hati " Ya Allah,jika ada pahala daripada amalanku ini maka aku hadiahkan/sedekahkan pahala tersebut kepada ibu bapaku....' - Okay jumpa lagi.

1 comment:

Unknown said...

mase kecik2 ingatkan kenduri ni untuk org tahlil macam kat rumah kite tu je. kalau kate g rumah orang kawen barula maknanya ade mjlis kawen. bila balik kedah dengar orang kedah kat nak p 'kenduri' padehal nak g uma org kawen, terus rase orang kedah ni salah penggunaan tatabahasa.haha