Di dalam Bahasa Melayu terdapat banyak kata imbuhan, salah satu daripadanya ialah imbuhan 'ter' Tapi bukan semua ter ialah imbuhan. Misalnya, di dalam perkataan terjun, terbit, terbang,terkam, termos dan lain-lain lagi, semua ter tersebut bukanlah ter imbuhan kerana semua ter tersebut ialah merupakan salah satu suku kata daripada kata dasar bagi lima perkataan tersebut. 'Ter' imbuhan pula ialah seperti terkawal, terdaki, terhiris, terlaris, (terkahwin?) dan sebagainya.
Imbuhan/awalan ter memberi beberapa makna seperti berikut:-
1. Makna sudah, contohnya :
terbukti = sudah dibuktikan
terhunus = sudah dihunus
terhasil = sudah dihasilkan
2. Makna keupayaan/dapat, contohnya :
terbayang = dapat dibayangkan
tertanggung = dapat ditanggung
tercapai = dapat dicapai
3. Makna tidak sengaja/tiba-tiba, contohnya :
terjatuh = tiba-tiba jatuh
terpegang = tiba-tiba pegang
tertembak = tiba-tiba tembak
4. Makna paling, contohnya :
terbaik = paling baik
tertinggi = paling tinggi
terpantas = paling pantas
Kali ini, kita hanya akan menumpukan perhatian kepada ter yang bermakna tidak sengaja sahaja (no. 3). Tiga contoh ter ini telahpun dinyatakan di atas, contoh-contoh seterusnya seperti terduduk, tertikam, tergunting, tertusuk, tercium, (terkahwin?) dll. 'Ter' yang tanpa sengaja ini ianya terjadi tanpa dirancang, tanpa diduga, tanpa sempat berfikir, tanpa bersedia/persediaan, ia terjadi/berlaku dalam sekelip mata sahaja secara tiba-tiba, contohnya :
i) Dia terjatuh ketika sedang berjalan kaki menuju ke surau. ii) Ali terpegang kepala ular tedung selar ketika sedang mendaki tebing bukit tersebut. iii) Anggota polis tersebut tertembak rakan setugasnya semasa mereka mengejar seorang perompak.
Sekarang, cuba kita sama-sama bayangkan pula, bagaimanakah rupanya permulaan dan pengakhiran bagi sesuatu perkahwinan yang dibina (terkahwin?) tanpa diduga/tanpa dirancang/tanpa difikir/sekelip mata - akan lebih parah lagi jika disertai pula faktor tanpa restu. Dimanakah perkahwinan seumpama ini akan bernokhtah? - Tentu kita tak mahu melalui atau melihat jenis perkahwinan yang seronoknya/intan payungnya cuma enam bulan lepas tu susah/kelam- kabut/huru-hara/haru-biru sampai mati.
Sebenarnya, dalam masyarakat Islam/Melayu tidak wujud konsep perkahwinan yang terjadi secara tiba-tiba/tak sengaja. Mana mungkin begitu? Kerana sesebuah perkahwinan/pernikahan itu melibatkan beberapa proses, seperti proses memilih pasangan, proses saling bersetuju, proses menetapkan tarikh,hari dan masa, proses persetujuan/izin oleh wali, proses ijab kabul dan macam-macam lagi, lebih-lebih lagi jika inilah baru pertama kali nak mengahwinkan anak, anak sulung pulak tu, anak perempuan pulak tu, mak tak nak bersanding, nenek kata apa jadi pun kena bersanding, bapa nak potong lembu, datuk kata lembu tak cukup besar mesti potong gajah, macam-macam hal hingga prosesnya boleh jadi sampai berbulan-bulan jika pun tidak bertahun-tahun.
Kesimpulannya, isu (Terkahwin) ni tak boleh nak disamakan dengan lain-lain ter (no. 3 - tak sengaja) seperti yang telah dinyatakan di atas. Allah SWT mahu setiap perkahwinan itu mestilah dirancang, dihalusi, diteliti dengan sebaik-baiknya terlebih dulu supaya ianya menjadi ibadah yang berpanjangan. Allah tak suka sesuatu kerja itu dilakukan secara gopoh-gapah,tergesa-gesa dan terburu-buru lebih-lebih lagi yang melibatkan kesejahteraan diri dan keturunan/zuriat masa hadapan. Sekian. Jumpa lagi. Insya-Allah.
Thursday, July 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
"Allah SWT mahu setiap perkahwinan itu mestilah dirancang, dihalusi, diteliti dengan sebaik-baiknya terlebih dulu supaya ianya menjadi ibadah yang berpanjangan..."
insaf2...
dengau tu ngah
mana de istilah "TERkahwin"!
hehe
haha.
busan. ko yg tanya baba camne kalau "terkawin" time balaja.
haha. salahkan aku plak.
belajau2. exam dah dekat. mane boleh "terbelajau" dan "terpandai" dgn sendirinya kalau tak usahakan?
aku rase...
aku j ad hrpan nk kawen dlu..
korang leh follow blkg...
ak rase...
2014 ak kawen...
mase tu baba da pencen ke blom ek...klau da pencen...bgos jugk...
da leh stat prepare nak ade cucu...
mak lak ckp...
die nk pncen bile ak stat kje...
kesimpulannye...
ak kne cpt kje ngn cpt kawen..
ceh. ini impian @ angan2?
aku tak kesah sape kawen dulu. dah smpai masa n ada jodoh, jalan la. Takde istilah langkah bendul.
Just nak ingatkan je, jgn sebuk merancang masa depan, rancang juga bekalan yg nak dibawa ke 'sana' nnt.
antara kawen n mati, mati itu tetap PASTI.kan? ke camne?
fokus2. belaja.
kata nak kawen reramai kat japerun..
tak jadik ke???
owh. ade pakatan ke? haha. aku tatu pon can!
takpela. aku-lawi-adek. kenduri sekali
bek ko pkir 2 3 kali nk kawen kt jeperun.. pasal ak tgk bumbung die da runtuh sikit...
tkot time kite kawen die runtuh banyak plak...
hahahhaa...
kalu japerun gontoh..
grand continental hotel pon ok gak!
Post a Comment