Buih merupakan satu fenomena biasa saja dalam kehidupan kita. Orang ramai tak memberi perhatian pun kepada buih. Setakat yang kita tahu tak ada guna apa-apa pun buih ni. Tak ada pun nilai komersial. Mungkin ada la sikit nilai estetika - Tak ada orang yang tak pernah lihat buih. Ada air adalah buih. Masa mandi, masa membasuh pinggan mangkuk atau pakaian, masa basuh kereta dan sebagainya buih akan terbentuk. Ada juga sejenis permainan meniup buih yang sangat digemari oleh kanak-kanak, buih terhasil berderet-deret berterbangan di udara pecah dan hilang. Definasi mudah, buih ialah gelembung air yang berisi udara, mudah terbentuk semudah ia pecah, tiada kekuatan langsung - Sebab itulah Nabi SAW mengambil buih sebagai contoh dalam sabda baginda untuk mengibarat di akhir zaman umat Islam yang ramai. Ramai tapi umpama buih di lautan.
Ada buih kecil ada buih besar, namun ia sama sahaja, terhasil terus pecah dan ghaib. Cakap berdegar-degar, tapi buih. Ke hulu ke hilir macam orang penting sangat, tapi buih. Seminar sana seminar sini, mesyuarat sana mesyuarat sini, tapi buih. Itu jenis yang sibuk, jenis yang duduk rumah tak buat apa-apa tak kemana-mana, pun buih jugak - Betullah yang nabi sabda tu. Masa ramai buih, masa sorang-sorang pun lagilah buih.
Satu bangsa. Satu agama. Sama bahasa. Tapi berpuak-puak, ada sampai tiga empat puak, kadang-kadang lebih. Puak A tak boleh berpakat dengan puak B, puak C tak boleh berbaik dengan puak A, B, D dan seterusnya - Tapi dengan puak lain yang berlainan bangsa, berbeza bahasa, adat dan akidah mahu pula berbaik-baik, mahu pula bermesra bertepuk bertampar, apa dicakap semua diikut. Pelik betul bangsa aku ni. Apa nak dipelikkan, buih lah katakan, buih memang macam tulah feilnya.
Duduk dalam puak mana pun, dua kali lima lima kali dua saja, kalau dah buih tu buih jugak. Baik lagi duduk atas pagar! . Yang atas pagar pun buih jugak! Agaknya dari dulu-dulu sampailah sekarang memang sentiasa buih - Patut pun lah bangsa aku ni sampai pernah dijajah oleh 6 bangsa penjajah iaitu oleh Portugis, Belanda, Inggeris, Siam, Jepun dan Bintang Tiga - Ada ke bangsa/negara lain di dunia ni yang dijajah oleh begitu banyak jenis penjajah? Ada ke? - Kalau terus leka jadi buih, jika terus menerus seronok jadi buih, tak mustahil langsung Bintang Tiga akan bangun lagi sekali. Mampuih!
Halangan paling besar ialah kerana ramai sangat bangsa aku ni yang suka benar jadi buih, macam suka benar dapat makan free, suka benar dapat offer pergi jalan-jalan/melancong free dll. Macam-macam usaha dilakukan semata-mata untuk jadi buih, untuk kekal jadi buih. Ada yang bangga pulak tu dapat jadi buih. Malang betul! - Tunggu tua/pencen baru nak mendalami agama, nanti bersara baru nak belajar tajwid, tunggu umur lebih 40 baru nak beramal ibadah baru nak buat yang sunat-sunat, tunggu dah dekat nak mati baru nak bertaubat baru nak puasa nak sembahyang. Apabila dah pencen dah bersara dah tua, dah datang perasaan malu pulak nak belajar, dah rasa pulak alang-alang buat ibadah pun dah tak sempat lagi nak cover dosa-dosa yang lepas. Nasib engkaulah buih - Mana ada buih yang tak pecah-pecah sampai berjam-jam sampai berhari-hari. Nasib engkaulah buih. Orang nasihat tak nak dengar.
Kita sendiri, masing-masing punya diri, kenalah memastikan agar diri kita tidak menjadi buih. Orang lain tak boleh nak pastikannya bagi pihak diri kita. Sebab itulah ada ilmu yang bangsa fardhu ain dan ada yang fardhu kifayah. Beruntunglah sesiapa yang sejak kecil bukan buih atau yang sedang berusaha keras untuk berhenti jadi buih.
Kesimpulannya, Semoga Allah SWT hindarkan kita daripada menjadi golongan muflis di akhirat kelak, yang merayu-rayu kepada Allah minta dikembalikan semula ke dunia walaupun sebentar kerana kononnya nak belajar agama sungguh-sungguh, nak beribadah betul-betul kuat-kuat, konon. Sekian. Wassalam.
1 comment:
"Satu bangsa. Satu agama. Sama bahasa. Tapi berpuak-puak, ada sampai tiga empat puak, kadang-kadang lebih. Puak A tak boleh berpakat dengan puak B, puak C tak boleh berbaik dengan puak A, B, D dan seterusnya"
teringat thun lepas isu surat layang dlm surau.
dlm satu kampung pon bnyk buih. sekapal, tp semua nak jdik ketua. sebumbung tapi masa kat kedai kopi shj. sehati, tapi time makan kenduri free je.
malas nak cakap.ber'buihlah' mulut nak cerita semua..hehe
bangah-
Post a Comment