Saturday, July 11, 2009

kawan


Manusia ialah makhluk yang lemah. Semua makhluk lemah. Hanya Allah SWT yang maha berkuasa dan maha perkasa. Manusia juga merupakan makhluk jenis sosial, iaitu hidup dalam komuniti, tidak menyendiri. Jika ada pun yang menyendiri tak tahu nak bercampur orang lain, itu kes terpencil, devian - kerana lemahlah maka kita perlu berkawan, perlu kepada kawan. Cuba lihat semut api, semut gatal, semut 'laju' dan lain-lain semut, anai-anai, lebah, kerengga, cengkiak (bukan kelingjangka) serta lain-lain hidupan bersaiz kecil, lemahlah tu, semuanya hidup dalam koloni/kelompok/kawanan - Lihat pula harimau, beruang, jerung, ular sawa, anakonda dan sebagainya jarang mereka bergerak dalam berkumpulan macam semut, tidak pernah orang terserempak di dalam hutan dengan lima ekor harimau atau sepuluh ekor ular sawa, kerana apa? kerana orang kuat tak selalu perlu kepada kawan/berkawan.

Sejak dilahirkan/kecil manusia sudah ada naluri ingin berkawan. Seorang bayi akan sentiasa selesa dan riang jika kawan rapatnya selalu ada di sampingnya, sentiasa membelai dan menyentuhnya, siapa lagi, ibunya lah. Apabila telah besar sikit atau setelah punya adik, ibunya dah sibuk pula dengan adik baru, maka dia akan beralih pula berkawan dengan anak kucing yang ada dalam rumah tersebut, kalau tak ada anak kucing bantal busuk pun ok, kalau hilang bantal busuk tu satu rumah tak dapat lelap sampai pagi - Demikianlah, proses berkawan dan mencari kawan berterusan sejak kecil hingga dewasa, kawan datang dan pergi silih berganti.

Setiap orang ada kawan biasa, kawan baik dan kawan yang sangat baik/rapat, macam isi dengan kuku. Kadang-kadang dah puas berkawan tiba-tiba dah berkelahi pulak, sampai mati tak baik kembali pun ada - Putus silaturrahim. Berdosa. Dalam berkawan perlu banyak bersabar, bertolak-ansur, kena boleh lebih-kurang, kena ada 'give and take'.

Jangan takut nak berkawan dengan orang lain di sekeliling kita. Jangan takut nak buat baik dengan orang lain. Kalau jadi bos jangan teragak-agak nak buat baik kepada orang bawah, jangan berbelah-bagi untuk berkawan dengan orang bawah. Siapa pun kita, apa pun kita, hidup dan urusan hidup akan jadi lebih mudah/lancar jika ada ramai kawan/kawan baik, kerana adat kawan baik sanggup melakukan apa saja demi kawan baiknya. Apa saja.

Namun, perlu berhati-hati dalam berkawan, dalam memilih kawan. Buat baik barpada-pada buat jahat jangan sekali. Perlu ditapis kawan yang ramai mana satu yang nak dijadikan kawan baik. Sebab ada orang makan orang, ada kawan makan kawan. Antara karenah kawan-kawan ialah hutang tak mau bayar, pinjam barang tak reti nak pulang, bergurau tak kira masa, usik tak kena tempat dan macam-macam lagi. Dah resam dunia begitu. Bermusuh biar satu berkawan biar seribu. Bersahabatlah dengan orang baik maka kita juga akan mendapat kebaikan, jika berkawan dengan orang jahat/tak senonoh lambat laun kita pun jadi tak senonoh jugak.

Antara perkara yang menyeronokkan dalam hidup ini ialah apabila tanpa diduga terjumpa dengan kawan baik/kawan lama yamg telah lama tidak berjumpa, maka macam-macamlah nostalgia lama yang akan diungkap semula. Antara soalan wajib tentang hal semasa ialah 'dah berapa orang anak?' Memang seronok jika dapat jumpa kawan-kawan lama yang sama-sama belajar dulu di Paya Kerchut, Ma'had AS, member 23B, Kolej Islam, Khir Johari SP dan UPM. Rindu benar nak berjumpa dengan Pak Chat, Pak Syeikh, Bai, Rashid, Wan Hassan, Mat Majid,
Salleh Osman, Fadzil Shafie, Jan, Fizi, (Shahrudin dah dua tiga kali jumpa di AS), Man Khamis,Saari, Omar dan ramai lagi yang lain.

Jika sudah berkeluarga tapi tak punya ramai kawan, atau tak ada kawan baik, maka jadikanlah isteri/suami dan anak-anak kita sebagai kawan baik. Api masa kecil jadi kawan dah besar jadi lawan. Anak-anak masa kecil jadi lawan dah besar jadi kawan. Ingat, kita juga merupakan kawan kepada kawan-kawan kita. Mesti ada semangat setiakawan. Nak kenal kawan, ajaklah dia untuk bersama dalam satu perjalanan jauh, nanti kenallah siapa dia selama ini - Alhamdulillah, kerana isteri dan anak-anak merupakan rakan yang baik/teman yang akrab di dalam banyak perjalanan jauh dan dekat yang telah dilalui bersama - Sekian. Jumpa lagi. Insya-Allah.

6 comments:

Hasanah said...

perkara plg menggembirakan...
pabila bersama famili..
which means dlm apa2 hal pun..
even kawan2 ada berjuta pon
kita still nak kembali kpd famili pd akhirnya..

kerana apa??

ikatan kekeluargaan itu INDAH~

bgh said...

haah la can. betol la..
dlm bnyk2 kwn, last2 sekali kite mesti kembali blk pd keluarga.sbb tu kwn yg paling best!

"Apabila telah besar sikit atau setelah punya adik, ibunya dah sibuk pula dengan adik baru, maka dia akan beralih pula berkawan dengan anak kucing yang ada dalam rumah tersebut, kalau tak ada anak kucing bantal busuk pun ok, kalau hilang bantal busuk tu satu rumah tak dapat lelap sampai pagi -"

agak2 nya masa bgh lahir dulu kaklong kwn ngan anak kucing la kot ek.
pastu masa sanah lahir, ANAS PULAK BERKAWAN BAIK DGN BANTAL BUSUK. takleh tinggal g mane pon.haha~

menarek entri ni.

p/s:pakcik sharudin yg tinggal kat taman muhibbah tu kan?

anas said...

skrg da ad yg baru..
tp ade org tumpang plak...

"agak2 nya masa bgh lahir dulu kaklong kwn ngan anak kucing la kot ek."

mcm x betol j....
die bkn kawan dgn kucing...
die NYAKAT kucing tu...

mcm die nyakat adek tiap2 hri...
bingit telinge

bgh said...

eh..eh..

"cengkiak (bukan kelingjangka)"

kelingjangka. baru terperasan. sape ek yg cakap camni? udin? haris?

ayat udin masa kecik: "uish, tgk. kereta tu dah TERBABIT.."

TERBABIT=EKSIDEN. Jangan salahkan Tv3.

bunas:
Pa yg baru? ape yg tumpang?

Kucing tu aku rasa dah mati la sbb tekanan perasaan. Tu sbb masa aku dah besar, umah kite takde kucing

hasanah said...

ada org tu sampai dah ke tue dok berkepit ngan bantal busuk...
anak sapa la tuuuuu
bunas, esok2 ko dah kawen, cmpak je la bntal ko tuh dlm gaung. tak pon sedekahkan kat ijol.
haha!

kata nak ambik kucing p.lang yg gedebab tu..
ha..
elok la tu
bela mcm2 kat rumah
esok lusa leh jadik zoo
sape nak tgk kene beli tiket ok!
at least mak ngn baba ada la keje sampingan after pencen nnti..
hehe

Anonymous said...

yes,pakcik Shahrudin Tmn. Mhbah tu