Wednesday, December 30, 2009

Makan

Hidup untuk makan atau makan untuk hidup, yang mana satu betul, yang mana satu lebih betul, ataukah kedua-duanya betul. Ada banyak pilihan jawapan, salah satunya ialah bagi rakyat di negara-negara kategori miskin yang terkelompok di dalam 'negara dunia ketiga' mereka makan untuk hidup, di negara-negara kaya pula iaitu 'negara dunia pertama' seperti Jepun, Taiwan, USA, Britain dll, falsafah hidup sebahagian besar daripada penduduknya ialah mungkin hidup untuk makan, bakinya yang sebahagian kecil itu takut nak makan banyak/macam-macam atas alasan mahu menjaga kesihatan agar umur panjang agar lambat/susah mau mati. Lagi satu, penduduk di negara miskin apabila terasa lapar barulah mereka makan, tapi di negara kaya, belum pun terasa lapar masih lagi kenyang dah melantak lagi pada hal baru saja sekejap lepas makan.

Apa yang dimakan boleh menentukan jenis perangai/sikap/tingkahlaku/hatibudi seseorang, malah cara serta adab semasa makan pun dipengaruhi oleh apa yang dimakan dalam jangkamasa panjang sebelumnya. Ada yang begitu tertib semasa makan, ada pula yang kelihatan agak gelojoh.

Berhubung dengan makan, sebenarnya kita boleh menabung banyak wang jika kita dapat melihat semula apa yang kita belanja untuk membeli/menyediakan makanan selama ini. Misalnya, cuba kita lebih pentingkan kualiti menu berbanding kuantitinya, yang penting makanannya seimbang, untuk makan tengahari dan malam ada nasi bersama ikan atau daging/ayam, ada sayur atau kekacang/bijirin, jika mahu boleh tambah sambal belacan dan ikan masin, cuma semasa sarapan pagi sahaja minum minuman manis kemudian sepanjang hari minum air kosong/mineral cukup, seterusnya bolehlah agaknya sebulan sekali pergi makan KFC, piza, tom yam ke atau apa-apa.

Dalam kehidupan berkeluarga, tersangat penting pada setiap masa sentiasa mempunyai sejumlah wang simpanan/tabungan, ia perlu dimulakan sejak awal (sejak masih bujang?) sebagai persediaan untuk perbelanjaan keluarga dalam pelajaran, kesihatan, kenderaan, kecemasan, mala petaka,membantu saudara mara dan sebagainya.

Banyak wang yang boleh kita jimat jika dikaji semula amalan perbelanjaan yang selama ini mungkin kerapkali melebihi daripada yang sepatutnya dalam hal makanan, pakaian, kenderaan, perabot, hiburan, barang kemas dsbnya - Cuma dalam keghairahan mahu berjimat, kenalah dijaga jangan sampai jadi kedekut taik idung masin pulak mengalahkan pak hj. bakhil, tak boleh nak ditumpang langsung - duit berbakul-bakul, tapi tiap hari makan nasi dengan ikan masin cekik leher saja sayur pun tak menemu, macam ni lama-lama anak menantu pun lari, lepas tu isteri pulak lari, akhirnya tinggallah duduk terseringai sorang-sorang - jangan sampai jadi macam tu - Sekian, wassalam.


3 comments:

bakal guru said...

Salam..

Rasa insaf baca post ni..sbb sgt boros berbelanja..
-"seterusnya bolehlah agaknya sebulan sekali pergi makan KFC, piza, tom yam ke atau apa-apa"..
Sy at least seminggu sekali @ 2 kali mkn bnda2 ni..tak teringat pun nak berjimat crmat untuk masa depan..
lps ni kn cuba menabung sbb msh bjg..tu la akibatnya bila xprnah ssh cr duit sendiri..

bgh said...

dlu masa duet jpa usd 200 sebulan, bgh leh simpan usd 100.

skrg duet jpa dah usd 400 sebulan. nak simpan usd100 pon susah.

tapi alhamdulillah balik bcuti msia boleh guna duet simpanan sendiri utk beli pakaian, minyak keta n keperluan lain.

anas said...

blk mesia nti rse nk mkn je sume mende