Sunday, May 22, 2011

Ramadhan

Minggu depan, pada hari Jumaat 3hbJun 2011 ialah bersamaan dengan 1hb Rejab 1432H. InsyaAllah umur kita mudah-mudahan Allah akan sampaikan ke tarikh itu dan seterusnya.
Bulan Rejab,Saaban dan Ramadhan merupakan tiga bulan Islam yang mengandungi sangat banyak kelebihan di dalamnya,terutamanya Ramadhanlah. Kita perlulah menggandakan amalan-amalan ibadah harian kita dalam ketiga-tiga bulan ini. Dan jangan lupa belajar pun ibadah juga.

Bagi mereka yang punya kesedaran untuk menjadi insan terbaik di sisi Allah,tidak menunggu saat Ramadhan baru hendak menambah amal ibadah, tetapi langkah ke arah itu dimulakan lebih awal iaitu sebaik menjelang Rejab. Maksudnya jika pada setiap hari dalam setiap bulan memang sentiasa beramal-ibadah,maka dalam ketiga-tiga bulan tersebut di atas ianya dilipatgandakan lagi,begitu.

Biasanya,orang yang menjaga amalannya pada bulan Ramadhan,akan melaksanakan ibadat berpuasa genap sebulan iaitu samada 29 atau 30 hari dengan penuh keimanan dan taqwa. Dan mereka membaca Quran setiap hari sekurang-kurangnya sekali khatam sepanjang Ramadhan serta berterawih pada malamnya 20 rakaat dengan 3 witir. Dan memperbanyakkan segala ibadah yang termampu,dengan anggapan seolah-seolah inilah Ramadhan terakhir bagi mereka,kita pun sepatutnya begitulah.

Ramadhan memang istimewa. Ramadhan memang sentiasa ditunggu-tunggu. Seronok sungguh jika anak-beranak dapat berkumpul untuk bersahur dan berbuka bersama. Sekian dulu.

3 comments:

nama kena rahsia utk mengelakkan masalah kesihatan said...

Kata baba:"Ramadhan memang sentiasa ditunggu-tunggu. Seronok sungguh jika anak-beranak dapat berkumpul untuk bersahur dan berbuka bersama"

Kata anak2 pula:Ramadhan memang sentiasa ditunggu-tunggu. Seronok sungguh jika dapat bersahur dan berbuka bersama ISTERI ATAU SUAMI DISISI meja~~

Anonymous said...

aku tau ni sape..hahaha

Unknown said...

sape2