Wednesday, November 3, 2010

sukarnya nak balik kampung

Jika kita ada kampung, kita boleh balik kampung, jika berasal dari bandar pun masih juga boleh balik kampung, bandar tulah kampung kita, tak pernah/jarang orang berkata saya nak balik bandar, sebab dalam konteks ini kampung tidak lagi bermaksud 'village' tapi ia bermaksud tempat asal/tempat lahir/rumah ibu bapa. Jika tinggal dan nak balik ke bandar, lebih-lebih lagi jika bandar besar, orang itu akan berkata saya nak balik ke Ipoh/KL/JB/KB dsbnya tanpa menyebut kampung.

Antara perjalanan-perjalanan yang meyeronokkan tentulah salah satu daripadanya ialah perjalan pulang ke kampung, mungkin ia sama seronoknya dengan perjalanan pergi melancong ke sesuatu tempat/negara, mungkin lebih lagi. Perjalanan balik kampung biasanya tidak membosankan ianya seronok walaupun memenatkan, lebih-lebih lagi jika di kampung masih ada ibubapa yang menanti (atau salah seorang daripadanya) dan akan bertambah seronok lagi jika selepas itu dapat pula berjumpa dengan rakan-rakan sepermainan semasa kecil/remaja di kampung dapat berbual menceritakan kisah-kisah silam, lebih seronok lagi jika dapat pula bertemu dengan orang tua-tua di kampung serta juga sanak saudara yang telah sekian lama tidak bersua muka.

Fenomena balik kampung merupakan satu nikmat besar yang tidak dapat dinikmati oleh mereka yang tiada kampung halaman atau yang tidak pernah meninggalkan kampung, iaitu mereka yang dilahirkan di kampung Y, bersekolah/membesar di kampung Y,bekerja pun di kampung Y, berkahwin dengan orang kampung Y akhirnya tua dan meninggal dunia di kampung Y, mereka seperti ini mungkin tidak atau tak berapa faham erti/nikmat balik kampung. Dalam hal ini ertinya semakin jauh seseorang itu merantau meninggalkan kampung halaman tumpah darahnya maka sepatutnya semakin besarlah nikmat balik kampung yang dapat dikecapi olehnya.

Cuma kadang-kadang tanpa dirancang dan tanpa dipinta dengan faktor perubahan masa serta pertukaran suasana/tanggungjawab kerja,maka peluang untuk selalu dapat balik kampung seperti dulu-dulu menjadi semakin sukar, misalnya sebaik saja tarikh untuk berangkat telah ditetapkan, maka lepas tu mailah macam-macam hal menjadi penghalang umpamanya pada tarikh tersebut ada orang kampung nak menikah, nak buat kerja kawin, nak buat tahlil, nak bertunang/terima belanja, yang sakit nazak tunggu masa nak meninggal, ada mesyuarat masjid/JKKK/khairat kematian/jabatan, kursus, seminar, orang nak mai rumah dll. - Namun insyaAllah, biasanya dalam perkara yang baik Allah SWT akan berikan pertolongan dan lorongkan kemudahan, terutamanya jika yang baik itu berkaitan dengan ibubapa kita.

Situasi balik kampung seperti tersebut di atas mungkin akan berubah sedikit demi sedikit setelah tempat dimana kita merantau tersebut kini telah bertukar menjadi kampung pula kepada anak-anak kita (tempat mereka dilahir/dibesarkan), justeru itu kini nikmat balik kampung telah jadi nikmat berganda, pertama nikmat menanti anak-anak balik ke kampung mereka, seterusnya yang kedua membawa anak-anak/kelurga balik
kampung kita. Malah, jika umur panjang mungkin dapat merasai triple nikmat balik kampung - Ok, selamat balik kampung. Jumpa lagi.

4 comments:

Hasanah said...

ba, jadik tak balik kedah jumaat ni?

baba said...

rasa mcm jadi

Anonymous said...

salam sdr bari, nak kelek mana.
tergamam saya bila terbuka blog ni pasai lama dok cari mana dok menghilang. tanya pak leh kg pisang, dia pon x tau sdr kat mana. last2 jumpa kat blog ni. jumpa pizi kangkong dia x cakap apa pon. nanti kita jumpa sembang panjang. ikhlas dari fadzil shafie (tandop)

bari said...

Assalamualaikum tuan fadhil shafie,hari ni 16 nov. masukkan 1 entri baru, tiba2 terpandang komen entri sebelumnya drp asal 2 dah jadi 3,lalu buka dan seronok bukan kepalang krn sy pun sentiasa ingat dan rindu pd fadhil dan kwn2 yang lain i.e salleh,fizi,azizan aloq blat dll yang sama2 naik k.api pi ambik result spm di kik th 77'.Kita kena atur ketetapan agar dpt brtemu dimana2 nnti bolehlah cerita pnjang,jk hrap secara kbtulan sj susahlah sikit.Ok no sy 0192501760 - jk mai melka singgahlah rumah.Jmpa lagi.