Biasanya sesebuah perkahwinan itu didirikan atas dua asas penting iaitu kasih sayang dan belas kasihan, sama ada kedua-dua asas ini wujud sebelum akad atau selepas akad itu soal lain. Namun, selepas beberapa minggu atau beberapa bulan atau beberapa tahun, kejayaan perkahwinan tersebut bergantung pula kepada dua faktor penting iaitu perkongsian dan pengorbanan. Perkahwinan ialah perkongsian hidup antara suami dengan isteri, iaitu berkongsi pendapatan, tempat tinggal, kenderaan, perasaan, kesenangan, kesusahan, harta, suka, duka dsbnya. Perkahwinan juga sangat memerlukan pengorbanan. Tanpa pengorbanan ianya akan menjadi sukar. Banyak rumah tangga yang akhirnya runtuh kerana sisuami dan siisteri masing-masing enggan melakukan pengorbanan, iaitu masing-masing tidak mahu mengalah. Malah perlu diingat, bahawa pengorbananlah satu-satunya cara terakhir bagi menyelamatkan sesebuah perkahwinan yang bermasalah. Pengorbanan menjadi penting kerana sebagai insan yang serba lemah, maka kedua-dua pihak suami dan isteri mempunyai beberapa kelemahan dan kekurangan tertentu yang sukar diatasi/dirawat, maknanya ada kelemahan tertentu yang 'terpaksa' diwarisi sampai ke akhir hayat. Misalnya, jika kebetulan isteri tak pandai berhias, masakan tak pernah yang sedap, suka berleter, kuat cemburu, kedekut pulak tu dll maka suami
kenalah berkorban untuk menerima dan membiasakan diri dengan salah satu atau beberapa kelemahan isteri seperti tersebut. Sebaliknya, jika sang suami pula sangat suka mengeteh di warung, suka keluar malam, gemar menonton tv cerita hindustan, minat memetir dsb, maka kenalah pula isteri berkorban menerima hakikat ini - jika kedua-dua pihak enggan mengalah tak mahu menerima hakikat-hakikat ini maka ibarat retak menunggu belah - memang akan terbelah.
Kebanyakannya, dalam mana-mana perkahwinan pun, pada satu peringkat tertentu, kebahagiaan suami dengan isteri bukan lagi menjadi perkara penting kerana pada waktu itu yang lebih penting ialah kebahagiaan untuk anak-anak, seterusnya apabila anak-anak bahagia maka ibu bapa juga turut bahagia, maksudnya jika salah seorang atau kedua-dua suami isteri enggan melakukan pengorbanan maka pada adatnya semua orang dalam keluarga tersebut sukar mengecap erti kebahagian - malangnya ada pasangan yang gagal menguruskan takdir ini secara bijaksana, emosi dibiarkan menguasai rasional, begitulah Allah SWT menguji keimanan kita dalam urusan berumahtangga.
Moral kisahnya ialah, pilihlah bakal suami atau bakal isteri yang mempunyai tidak terlalu banyak sangat kelemahan dan kekurangan seperti tak tau baca Quran, tak tau sembahyang, tak tau memasak, tak tau menjahit, tak reti nak hormat orang, berbahasa kasar, suka mencarut, minat menjerit tak tentu pasal, tangkai jering, suka membetu, suka dedah aurat, hasad dengki, tak boleh lebih kurang, gemar pawang-memawang, malas mandi, tak suka dengar hal agama, canggih dll semua ada pada dia, susahlah macam tu. Elok carilah orang lain, banyak lagi.
Ok jumpa lagi, insyaAllah.
Monday, May 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
CANGGIH dll...
thumbs up! dah lame x gune word canggih.
yang malas gosok gigi pun ade
ni green light bg kite kawen ke ?
kalau da boleh, busan ko g la book japerun
ni bukan green light ak rasa.
ni aku rasa baba bagitau ciri-ciri menantu yang die nak ni.
wahwah~
carik yang tak membetu wei. x canggih. dan suka mandi. haha.
atau ayat last baba:
"Elok carilah orang lain, banyak lagi....." hAHA
hahaha...
jap2..!
words dlm post baba kali ni buat org x enti2 gelak.
weh bunas, ko jugak yg kata japerun tu cam nak runtuh..still nak buat kat c2 gak??haha
k.long n bgh : pilih betul2 calon tu.. kot kang dapat yg x sebulu, ad gak yg kene reject ngn bapak mertue di saat2 akhir.
kene sebulu dgn diri sendri dlu la.kut famly latar blakang de sume dah cantek,mak bapak kite pun bkenan tp xsebulu ngn kite pun x jalan gak.bcekau je besok.nak plak ngn ak ni,ade sedikit kemadalan di situ.
japerun nk gontoh,komplek sukan kan ade
pian malas mandi ke x?
word baru>>> "bercekau"
haha
kalau pian malas mandi..
"elok cariklah orang lain, banyak lagi"
bak kate baba..haha
ni mak kat sebelah tambah
"mak pon x bekenan ngn pian"
Haha. Adoi. Letih bcekau esok.
Long,carilah yg lain..bnyk lagi.haha
sayang btol kat pian tu...
eh mane ade syg pian.ni rentetan cerite lepas pian mati idop semula.terus meleret2 dah cerite ni jadiknye.,aritu mase de mati ak sedeh sbb x sempat mintak maaf,ni da idop balik ni ak dah p mintak maaf.jadilah jgnlah ngumpat pian, kang de mati lg sekali kang jenuh nk tunggu de idop balik
ana rasa kalaulah cerita enti ni dibukukan long, nescaya meletup dan femeslah buku tersebut. kira dah macam cerita novel dah ni. Kalau buat drama macam adamaya/ nur kasih, mau dalam 20-30 episod gak ni.
mungkin part yang paling susah nak dilakonkan part mati hidup semula tu kot.haha.
entah. ana menyeru kepada antum semua, marilah kita jangan menulis lagi tentang beliau di sini. manalah tahu, kalau-kalau beliau membaca blog ini, nescaya luptlah pahala jumaat kita semua.
"oleh itu, hendaklah kita diam dengan taat, mudah-mudahan mendapat syafaat..." kata tok bilal sebelum baba baca khutbah jumaat.
lagi satu iklan, Sila bawak kueh sorg sepiring....
"ibu2 bapak2 sekalian..minggu depan akan diadakan ceramah maulidurrasul..jadi diharap kepada ibu2 bapak2 dapat membawa sepiring kuih untuk jamuan kita bersama~~~"
da berapa tahun la ayat ni. tak penah tukau
lg 1...."witirrrrrrrr'
like
Post a Comment