Sunday, May 23, 2010

Iktikad yang Jazam

Selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, disusuli pula dengan kewafatan seorang demi seorang para sahabat,tabiin dan pengikut-pengikut tabiin, maka telah muncul di dalam masyarakat pelbagai aliran fahaman yang pelik-pelik khususnya dalam ilmu tauhid yang bertentangan dengan Quran, Hadis dan Ahli-Sunnah-Waljamaah seperti fahaman muktazilah, jabariah, qadariah, mujassimah, musabbihah dan sebagainya. Sebuah hadis Nabi yang mafhumnya : Pada akhir zaman kelak umatku akan berpecah kepada 73 puak, hanya satu yang benar iaitu Ahli-Sunnah-Waljamaah - Yang 72 lagi sesat belaka.

Pelbagai tafsiran yang batil tentang zat, sifat, asma’ dan perbuatan Allah taala disebarkan di dalam masyarakat oleh puak-puak ini – maka seandainya kita tidak mempelajari / mendalami ilmu tauhid (ilmu sifat 20) dengan guru-guru yang mahir/ ahli secara berkitab maka pada adatnya begitu sukar untuk kita menghindarkan diri daripada terjerumus ke dalam perigi buta salah satu / beberapa daripada fahaman-fahaman karut berkenaan.

Dalam kemelut ini mujurlah telah bangun Imam Abu Hassan As-Shaari dan Imam Abu Mansur Al Maturidi yang telah menjawab dan membetulkan penyelewengan akidah yang dilakukan oleh puak-puak tersebut – Ingatlah bahawa awal-awal agama ialah mengenal Allah, tauhid ialah semulia-mulia ilmu. Bahawa Allah hanya menerima keimanan / iktikad kesimpulan iman yang jazam ( yang tiada syak, zan dan waham) sahaja dan tidak taqlid buta tuli.

Oleh itu, maka gigitlah ilmu tauhid / sifat 20 ini dengan gigi gerahammu wahai muslimin dan muslimat iaitu aqidah yang berteraskan kepada Imam As-Shaari dan Imam Maturidi yang menjadi dasar pegangan tauhid Ahli-Sunnah-Waljamaah – Cuba kita khatamkan kitab Risalah Tauhid dan Qatrul-ghaisiah di rumah sebelum masa lapang yang ada menjadi bertambah sibuk atau ketika muda sebelum tua – Ok jumpa lagi, insyaAllah.



3 comments:

kundia said...

kalau sume ade kat rumah makanya pada malam hari selepas solat isya berjemaah, semua akan berkumpul di hallway,memegang buku tauhid masing2,dgn pen dan pensil masing,mendengar dengar tekun ceramah baba.sekali sekali menguap2 lalu adek lah yang dipanggil sebagai tukang picit2 da tukang garu.kalau baba buat lawak,den tak tau nak bantai gelak ke dak.kang takut kene marah. mano taknyo kocik2 dah selalu kono rotan maso ngaji

baba said...

Kalau dah katam 2 kitab tsb. insyaAlah hidup selamat dunia akhirat,tinggal lg nak katamkan 1 kitab feqah saja,feqah ni mana2 surau mana2 masjid pun ada org ajar,ibarat sadin ngan sawi mana2 kedai runcit kat mana2 solok pun ada jual.

Unknown said...

Alfatihah utk baba aziz