Wednesday, November 2, 2011

ke luar negeri ke luar negara

Masa kecil-kecil dulu,iaitu zaman belum sekolah dan zaman sekolah rendah,waktu tu ingatkan sama saja ke luar negeri dengan ke luar negara.Waktu masih kecil sesiapa pun tentulah banyak perkara yang belum dapat dibezakan ertinya.Sedangkan ada orang yang dah tua pun masih juga ada banyak perkara yang dia belum dapat nak bezakan ertinya.Sebagai contoh masih ada orang yang dah dewasa yang menganggap syurga dan neraka tu sama saja,apa yang ada dalam syurga pun ada dalam neraka begitulah sebaliknya apa yang ada dalam neraka pun ada di syurga,sebab tulah dia tak kisah pun nak solat ke puasa ke belajar agama ke.Inilah salah satu contoh manusia yang umur fizikalnya macam orang tua tapi umur inteleknya macam budak-budak.Tak kisah apa pun.Kubur masing-masing katanya.

Berhubung dengan ini,teringat masa kecil dulu Tok Kedah sekali sekala ada menyewa kereta Arwah Pak Lang Kadir untuk pulang ke Kilang Lama,Kulim bagi menziarahi babatok/ayah Tok Kedah.Selalunya dari Kilang Lama Tok Kedah akan mengambil kesempatan menziarahi pula sanak saudara beliau/kita yang kebanyakannya tinggal di Pulau Pinang iaitu di Bukit Mertajam,Penanti,Lahar Yoi,Tanah Liat dll. Inilah sejarah awal berkunjung ke luar negeri. Dan pada era yang lebih kurang sama juga,2 hingga 3 kali berkunjung ke Mata Ayer,Perlis iaitu ke rumah Abang Cha/Md.Isa.Beliau ialah seorang pesara guru kawan Pak Njang Lid yang sama-sama belajar di Aminah School Alor Setar.Apabila mendapat tawaran menjadi guru serta kena bertugas di SK Paya Kerchut/SK Hj.Md.Dahan maka duduklah beliau di Paya Nedam sekaligus jadi anak angkat Babatok dan Tok Kedah selama lebih kuran 2-3 tahun sebalum ditukarkan ke Sungai Tiang.Beliau juga seorang yang sangat baik.Hingga sekarang sekali sekala beliau akan muncul di Paya Nedam menziarahi Tok Kedah. Jadi sejarah pertama kali ke luar negeri ialah ke Pulau Pinang dan perlis dan yang terakhir ialah Sabah,cuma WP Labuan yang belum.

Sementara keluar negara pula ialah Singapura pada tahun 1982 semasa masih belajar di UPM,diikuti menunaikan haji di Arab Saudi seterusnya Bukit Tinggi Sumatera dan Phuket Thailand ketiga-tiganya semasa di SMK Spg.Bekoh,terkini ialah ke India. Jika Allah izin ingin ke Egypt,UK seterusnya ke New Zealand,North India dan Eropah iaitu ke negara-negara yang berbeza rupa bangsa,budaya,bahasa dan berbeza geografi

Kita telah banyak kali melawat pelbagai destinasi dalam negeri bersama keluarga. Mungkin satu hari nanti kita boleh buat pula satu lawatan keluarga 8-9 orang ke luar negara,misalnya ke Chiang Mai,Menado,Darjeeling ataupun Beijing. Mungkin Bangah boleh
uruskan cadangan ini,mungkin boleh jadi kenyataan pada hujung 2012 atau 2013,atau bila? - sekian terima kasih,jumpa lagi InsyaAllah.

3 comments:

bgh said...

bgh plan nk buat HO kat sabah. nnt boleh lah g sana dulu.kira oversea gak tu.

lagi satu,dorg kata kalau nak jalan2 ni seronot kalau ada isteri sekali. betul ke ba? haha

tempat2 tu bnyk xpenah dgr. kalau ada masa nnt insA boleh gi ramai2. tapi semua kena stat menyimpan duit dululah dari sekarang.

kalau boleh buat umrah sama2 pun seronot juga. n again kalau ada isteri sekali pun seronot juga.lalala..

bgh said...

hmm.lupa pulak. bukan ke baba ada gak g serawak@sabah dulu. lepas tu cabut lari tak smpai seminggu?ni tok yg bgtau. keh keh

rumah tok kilang lama dah tak g.jumpa time knduri kak syuni je

hikhik said...

hikhik...

buat umrah sama2 pun mcm best !