Friday, July 8, 2011

Maahad Mahmud

Setelah tamat darjah 6 pada hujung tahun 1970, isi borang untuk masuk tingkatan satu SMK Pendang. Tiba-tiba pada satu hari dimaklumkan oleh Tok Kedah akan menyambung pelajaran menengah di Maktab Mahmud Alor Setar pulak (lebih dikenali sebagai Ma'had di kalangan rakyat negeri Kedah). Kawan-kawan lain ada yang masuk SMK Pendang mungkin ada yang masuk sekolah arab Pendang dan ada yang tidak masuk kemana-mana pun, duduk rumah tolong ibu bapa, macam tulah nasib budak-budak kampung masa tu.


Dulu-dulu Maktab Mahmud tidak menjadi sekolah pilihan ibu bapa macam sekarang, masa dulu tidak keterlaluan jika dikatakan anak-anak yang cemerlang akademik di sekolah rendah tidak mahu masuk Maktab Mahmud, malah ibu bapa mereka pun tak mahu anak mereka belajar di situ. Mentaliti masyarakat waktu tu jika tamat belajar di Maktab Mahmud hanya layak jadi ustaz dan tok kadi sahaja. Hari ni, jika tak dapat UPSR 5A jangan disebut nak masuk Maktab Mahmud,itupun belum tentu lagi dapat.


Senario tersembunyi yang masyarakat era tersebut tak tahu atau tak berapa faham ialah pelajar-pelajar Maktab Mahmud yang lulus cemerlang dalam SRP/PMR akan ditawarkan menyambung pelajaran ke tingkatan 4 aliran sastera/agama dan aliran sains di Kolej Islam Kelang(KIK)(Kolej Islam Sultan Alam Shah Kelang). Melalui saluran inilah ada pelajar-pelajar Ma'had yang berjaya menjawat kerjaya bidang profesional seperti peguam, ahli farmasi (macam Fadhil Shafie), doktor (macam YB Dr.Hayati Parlimen Pendang) dll. Hari ini, anak-anak Maktab Mahmud tak perlu lagi ke KIK kerana aliran sains tulen-agama telah disediakan di sana.


Dulu-dulu yang berpusu-pusu menghantar anak-anak mereka ke Maktab Mahmud imajoritinya

ialah ibu bapa dari luar bandar iaitu sebelah Jitra, Kuala Nerang, Pendang, Sik, Baling, Yan dll. Ibu bapa bandar/pinggir bandar sangat kurang - cuba sama-sama fikir kenapa begitu?


Masa tu Maktab Mahmud hebat dalam bola sepak, selalu berentap dengan Kolej Sultan Abd. Hamid. Sekolah lain yang ternama di Kedah ialah Sekolah Sultan Abd. Halim Jenan (asrama penuh). Kehebatan Maktab Mahmud dalam kelasnya yang tersendiri, misalnya penggunaan "maktab" pada namanya serta beberapa lagi ciri tersendiri yang lain.


Sebenarnya, walau dibandingkan dengan sekolah mana pun, maka Maktab Mahmudlah yang paling hebat sekali, kerana pada setiap hari/minggu murid-muridnya kena belajar sebanyak 18 atau 19 mata pelajaran iaitu 8 subjek akademik dan 9-10 subjek arab-agama. Setelah tamat tingkatan 6 sekolah menengah pelajarnya hanya mendapat 3 sijil peperiksaan sahaja tapi di Maktab Mahmud boleh dapat 5 sijil. Memang hebat!
Akademik pun dapat,agama pun dapat.Tentulah hebat!!. Ok,jumpa lagi.

3 comments:

MMAS dihati.. said...

MasyaALLAH..seronoknya baca post tajuk MAKTAB MAHMUD ni..beruntunglah,dan bersyukurlah siapa2 yg Allah pilih menuntut ilmu di sini..

xan said...

Bila baca pasai maktab mahmud, aku ingat lagi, masa tu budak maahad pakai seluaq ghona biru ayaq laut. kalau dekat pekan simpang Kola tu , kalau pakai sluaq bighu ayaq laut tu , tak dak budak lain laa, sure budak maahad. Aku selalu kena usik dengan budak budak perempuan sekolah Telok Chengai bila balik naik geghek , depa selalunya tanya .." Nak balik dah kaa ustat".. adoii . potong setim betoi. tapi kadang kadang tuu jawab jugak.. " jadi ustat ni baguih,, esok esok bila oghang nak kawin kaa..orang nak mati kaa.. boleh pi makan kenduri .. " . tapi laa nii depa depa tuu dah tak berani nak usik aku dah .. pasai depa banyak yang sangkut sampai SRP saja.. banyak cabara belajaq skolah 'Arab' pada tahun tahun.
Aku teghingat lagi, masa pak aku bagi tau cikgu sekolah aku, yang aku akan pi sekolah 'arab'. Ada cikgu yang sanggup mai ghumah pujuk pak aku , suruh jugak jugak hantar aku pi sekolah menengah. depa kata , kalau pi sekolah 'arab' , paling paling pun jadi ustat saja.
Menurut kata pak/mak, lepas aku dapat masuk KIK , ghamai mak bapak yang ikut hantaq anak anak depa masuk sekolah 'arab'.
Depa kata, kalau pi skolah 'arab' , kalau tak pass periksa pun, sekurang kurang dapat juga jadi imam di masjid, tapi kalau pi sekolah menengah, kalau tak pass, boleh sepak kertas saja.
Aku berhutang budi dan kasih pada mak dan pak yang sanggup terima cemohan kerana menghantar aku pi belajar sekolah 'arab'.
Terima kasih Bari , pasai tulih pasai ni ..

Anonymous said...

Assalamualaikum Bari daripada budak 23A Jalan Kuala, lama tak dengak habaq, Put aku selalu jumpa, jadi kastam, bini dua, ada kedai kat KL Central

Hashim Fauzy