Semua lelaki bujang yang sihat tubuh badan serta sihat otak tentu ada menyimpan hasrat untuk memiliki seorang isteri, mampu atau tidak dari segi kewangan itu nanti dulu. Isteri ialah perempuan idaman suami. Sepatutnya setelah mendapat isteri tertutuplah hati sisuami terhadap perempuan-perempuan lain. Sepatutnya. Tidak patut pula ada 'isteri' lain. Barulah boleh menjadi pasangan suami isteri yang bahagia hingga akhir hayat.
Kita bernikah kerana mengikut sunnah Nabi SAW serta bagi memenuhi beberapa keperluan naluri sebagai seorang manusia yang untuk memenuhinya memerlukan kepada pasangan hidup yang berlainan jantina. Dalam kehidupan yang serba moden hari ini, dengan kos makanan yang semakin meningkat,demikian juga kos kediaman, kenderaan,pakaian,hiburan,kesihatan,keselamatan keluarga serta kos melahirkan,membesar dan mendidik anak-anak. Serba serbi kosnya melonjak maka fungsi suami serta isteri yang bekerja ialah untuk menjana satu jumlah pendapatan keluarga yang mencukupi di samping ada sedikit lagi baki untuk tabungan. Ini cukup penting.
Fungsi lain isteri ialah untuk untuk memasak,mencuci pakaian,mengemas rumah,menjaga anak-anak,melayan suami,menghias rumah, malah isteri yang aktif akan bercucuk tanam,menuai hasil tanaman,memberi makan ayam itik kucing arnab,pergi pasar, pergi pasaraya Mydin dsbnya lagi. Jika ada pelbagai mesin dan alat bantuan elektronik/elektrik di dalam rumah tersebut maka jadi ringanlah sikit tugas siisteri. Ini belum lagi diambil kira kerja-kerja pejabat yang terpaksa dibawa balik ke rumah oleh isteri serta kerja-kerja kejiranan dan kemasyarakatan lain - Maka beruntunglah isteri jika suaminya jenis ringan tulang serta mudah bersimpati untuk sama-sama membantu tugas-tugas tersebut di atas. Cuba bayangkan bagaimana rupa dan suasana sesebuah rumahtangga itu jika kedua-dua suami dan isteri 'bersetuju' untuk tidak berminat melakukan kerja-kerja berkenaan seperti dinyatakan di atas. Tak tahulah!
Dalam keghairahan kita mencari isteri, carilah isteri yang mempunyai minat terhadap kanak-kanak, iaitu mengandung,melahirkan,membesarkan dan mendidik anak-anak. Kerana ada isteri yang kerjanya hanya berleter dan memetir kepada anak-anak. Carilah isteri yang walaupun ia jenis berkerjaya tetapi tetap mempunyai dan memberikan masa yang berkuantiti serta berkualiti kepada anak-anak yang masih kecil yang belum tahu apa-apa (yang besar pun juga). Kerana urusan memasak,mencuci,mengemas dll boleh diswastakan kepada orang gaji, namun tidak demikian dengan urusan memberi pelajaran dan mendidik anak-anak. Ingat isteri yang bijak juga tidak akan membiarkan suaminya memakan makanan yang dimasak oleh orang lain terutamanya beberapa masakan yang menjadi kegemaran dan kesukaan sisuami. Ingatlah!
Sekian wassalam.
Monday, January 10, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
15 comments:
Ba, kalau nak kawen boleh?
and apa kriteria menantu yang baba and mak nak?
senang sikit kang nak carik.
keh keh
-tak boleh bgtau nama-
ba..nak kawen jugak !
dh boleh lom ni...
suami mcm mana yang baba ngan mak berkenan?
keh keh
-tak boleh bagitau nama (2)-
budak yang 2nd tu ak tau, pasai dia sorg jala ppn yang tinggai.
ak no komen. pasai ak nk peksa.
yang ak tau xmo carik laki pemalas. sbb nnti takut keturun penyakit berleter memetir disebabkan frust. penat balik keje nk ngemas jage anak bagai, suami berlengkau
yg 1st tu bangah..2nd tu sanah..3rd tu klong..
ceh, ni sapa budak kat atas ni bagi kantoi suma orang
Mana-mana ibu dan ayah pun tentu akan suka dan berbangga dengan menantu yang pandai menjaga anak-anaknya serta anak ibu dan bapa mertuanya.
keh keh.
maksudnya. semua mak ayah pon nak menantu yg baik. dan disamping itu, KITA SENDIRI kena brsedia untuk menjadi suami/isteri terbaik n emak/ayah terbaik utk anak2 kita nnt. Dan LAGI PENTING, jadi menantu terbaik untuk emak dan ayah mentua kita.
Jom adek beradik! kita menjadi yg terbaek utk SEMUA org.
ps:rasa2 aku mcm dah cukup syarat nak kawen ni.keh keh
[nama kena rahsia lg.]
ba raop pon nak kawen...
keh keh
[guna nama raop pulak]
sekarang ni mood nak kawen lg kuat dari mood nak belajau ! astaghfirullahalazimmmm
fuh...fuh...sambil tiup setan yg tengah bertenggek dalam otak.
(kalau mcm ni kategori sunat ke harus ke wajib kahwin ek??)
-sape yg bagi kantoi nama aku tu mmg nak kena sebat-
pergh~ yg ko tiba2 nak kawen time2 nak xm ni kenapa? mcm lah dah takde time2 lain rasa nak kawen. aku tiap2 hari rasa nak kawen..istiqomah kan? haha~~
penuhkan masa dgn aktiviti lain. elakkan dok sorang2. jgn bnyk berangan.kalau takde keperluan nak kontek jantina yang vs, takyah kontek.
setelkan satu2. lepas dpt ijazah kang kawen la.
takde ke mana larinya jodoh tu.
buat pekerjaan yang tepat, ditempat yg tepat, pada masa yang tepat.
jgn tergesa2 dan terburu2.
[da mcm motibasi Dr Padilah kamsah ni]
babai. Aku nak berangan jap.lalala~
umang aii
kalu bab kawen..laju je sume org bg komen...
ba, sanah baru 1st time bg komen ni. orang tak terlibat langsung dalam komen2 diatas...
keh keh
jujur kan tulis nama sendiri? :)
Tidak patut pula ada 'isteri' lain.
sy suka. dari awal kena elakkan perkara ni. sebelum berkahwin. mgkn cikgu blh berkongsi tips2 yg berkaitan dlm entry yg akan dtg. perlukah kita takut utk berkahwin?.
mungkin lepas ni boleh cerita cabaran-cabaran dan tanggungjwb selepas berumah tangga bg both suami isteri.
maksudnya dari situ baru boleh buat penilaian dari keputusan kita sedang/akan buat samada nak teruskan next step [kawen] atau hold dulu utk setelkan perkara yang BELUM disetelkan masa zaman bujang ni.
maka kat sini, org2 muda kena banyak dengar pengalaman dan nasihat dr org2 lama.
cane Ba?
ps: mungkin tahun depan da boleh isik borg nikah dalam beg hitam kat ruang tamu. ke cane?
ye..ye
sy setuju..
mungkin perlu dibincangkan juga langkah-langkah persediaan yg perlu diambil untuk menghadapi alam rumahtangga dengan jayanya. sbg guideline muda mudi yg belum kawen cam kitorg ni..hik hik
dah mcm forum perdana hal ehwal islam pulak ~
dulu masa kami sekolah, selalu kalau kena subject tawhid dan subjeck yang mengantuk, mula laa ustaz bawak kluaq cerita kawin/munakahat.. jadi yg mengantuk pun celik mata luas. seronok bila ustaz cerita bab kawin, bila dah hilang mengantuk, ustaz pun tukar balik topik masuk balik ke subject asal..mengantuk balik.. ada yg kena baling dengan duster ..
Post a Comment