Monday, January 24, 2011

Islam dan Melayu di Malaysia (lanjutan daripada Bangah)

Orang Melayu mendapat pelbagai kelebihan dan keistimewaan di dalam pelbagai/beberapa bidang kehidupan selepas merdeka khususnya hinggalah ke hari ini ialah kerana sebuah parti politik orang Melayu yang kuat iaitu UMNO telah menjadi parti tulang belakang di dalam kerajaan persekutuan mahupun kerajaan-kerajaan negeri yang dibentuk pada setiap kali lepas pilihanraya umum. Namun akhir-akhir ini,kekuatan tersebut kelihatan agak tergugat oleh beberapa faktor yang tidak perlulah disebutkan di sini.
Kerajaan yang ada sentiasa membantu rakyat Melayu yang miskin dan ketinggalan sejak
era pra dan pasca penjajah lagi. Tanggungjawab kerajaan ini telah dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab tanpa meminggirkan kaum-kaum lain. Salahkah kerajaan menolong orang Melayu yang merupakan penduduk asal negara ini?

Kini.Hari ini. Setiap hari.Dulu-dulu pun, orang Melayu sentiasa bercakaran sesama sendiri.Orang lain hanya melihat dan bertepuk tangan sahaja,jika ada peluang tolong curahkan lagi minyak petrol biar cepat sikit hangus jadi abu. Orang Melayu menggunakan macam-macam alasan untuk menjustifikasikan agar perkelahian sesama sendiri diteruskan seperti: demi menubuhkan negara Islam,melaksanakan undang-undang Islam,menjaga kepentingan Melayu,membasmi makhluk perosak,dapat masuk syurga,mempertahankan raja-raja,menghapuskan bapak rasuah,menumbangkan kroni dsbnya. Puak lain jauh lebih cerdik daripada kita sebab itulah mereka berjaya membina tamadun puak mereka yang telah berusia ribuan tahun sebelum lagi mereka dibawa ke sini,malah mereka telahpun berjaya dengan jayanya menggandakan lagi aset kecerdikan puak mereka di atas warisan kecemerlangan tamadun mereka tersebut. Bangsa kita pula apa tamadun yang ada? Semua apa yang ada nak diberikan pada orang,tamadun apa ni? Sedangkan orang lain setiap hari dok pasang strategi bagaimana nak memperbanyakkan dan memperluaskan lagi kekuasaan serta pengaruh tamadun asal mereka. Bangsa yang bertamadun ialah bangsa yang tahu menjaga hak dan survival bangsanya. Macamana nak jaga bangsa dan tamadun bangsa jika hari-hari asyik bercakau hinggalah yang menang jadi arang yang kalah jadi habu. Maka betullah Melayu mudah lupa.

Berbalik kepada soal Islam.Macam-macam aktiviti,macam-macam program berkaitan dengan ibadat,muamalat,munakahat serta jinayat yang dapat/boleh penganut Islam lakukan pada setiap hari tanpa halangan berbanding dengan umat Islam di negara lain.Kenapa boleh? Kerana Islam ialah agama rasmi/agama persekutuan negara kita. Hasil perjuangan siapa? Tentulah ia hasil perjuangan ibu bapa datuk nenek moyang kita dulu. Jika kita diperintah oleh kaum lain sudah tentu semua perkara di atas akan disekat malah orang Melayu akan dimutasikan gen/genetik/DNA mereka secara halus agar Melayu bertukar menjadi spesis baru yang Melayu pun bukan Islam pun bukan.Puas hati.

Berhubung dengan soal Islam juga. Dalam konteks negara kita konsepnya ialah Islam itu Melayu dan Melayu itu Islam (walaupun kini dah ada sebilangan kecil Melayu yang tidak lagi Islam). Ertinya dari segi sejarah,politik,sosio-ekonomi lebih-lebih lagi akidah bahawa Islam di negara ini hidup dan tersimpul kemas di dalam diri/jiwa orang Melayu, bukannya ia berada/tersimpul pada pokok-pokok getah,kelapa sawit,kerbau atau lembu.Di samping tidak dinafikan ada kumpulan-kumpulan kecil lain yang sama-sama taklif syarak dengan kita dalam usaha tanggungjawab memartabatkan dan meninggikan syiar Islam di Malaysia seperti kumpulan India Muslim,Cina Muslim,Melayu Champa,Saudara-saudara baru,pekerja Bangla,Indon dsbnya, kerana di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung - Jadi,dalam konteks negara kita yang tercinta ini, janganlah ada puak yang dok kata; "kita tak nak Melayu kuat apa yang kita nak ialah Islam kuat." Ini cakap orang bodoh tak pakai otak,kalau nak berfilosofikal pun biarlah berpijak di bumi nyata serta ada asas logik. Janganlah orang Melayu yang dan ramai jadi keliru ni ditambahkelirukan lagi kepala hotak mereka dengan ungkapan-ungkapan bodoh macam tu.

Apa salahnya dengan konsep Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu? Pada adatnya dengan adanya konsep inilah, maka puak-puak lain sama ada sebelum lebih-lebih lagi selepas merdeka 1957 dapat hidup senang-lenang di sini,dapat cari makan sampai jadi kaya-raya,dapat bina rumah-rumah ibadat,dapat bina sekolah bahasa pengantar ibunda,jadi YB,jadi menteri,dapat jadi warganegara,mengekalkan nama asal tanpa perlu ada bin dll. lagi - adakah semua itu bercanggah dengan Islam? Adakah tidak Islamaik? So, apa cacatnya konsep ini? Biarkan sajalah! Jangan dikacau.

Tentang perjuangan Islam. Ia bukan milik eksklusif siapa-siapa pun. Ia milik semua penganut Islam di negara ini. Berjuanglah 'at level' masing-masing. Masing-masing ada peranan dan ada impak tersendiri yang boleh disumbangkan kepada Islam. Ada banyak lagi perkara yang belum kita buat yang boleh dibuat yang tak payah nak tunggu dapat kuasa memerintah baru nak buat.Kenapa?

Kuatkan dan hidupkan Islam di dalam diri masing-masing dulu sebelum berbicara untuk menerapkan Islam pada orang/tempat/institusi lain. Jika semua/majoriti orang Melayu dah mengamalkan Islam tulen dengan sendirinya perkara-perkara lain yang diperjuangkan selama ini akan dikurniakan oleh Allah SWT dengan mudah tanpa payah nak berkelahi-berkelahi - Sekian,wassalam.

2 comments:

4 said...

"Bangsa yang bertamadun ialah bangsa yang tahu menjaga hak dan survival bangsanya."

setuju sgt2...!

dan nak tambah sikit..mulai hari ini tanamkan semngat dalam diri untuk bantu negara, bangsa Melayu dan agama Islam mencapai kegemilangan yg maksimum ! sentiasa baiki mutu kerja dan sumbangkan idea2 bernas untuk anak bangsa tak kira lah sama ada time kite tengah belajar ni ataupun time KERJA nanti...buang sikap bodoh sombong tak bertempat. buang sikap prejudis ngn org sekeliling. bina suasana kerja yang harmoni dan berintegriti~~

sekian. (dah mcm entry baru pulak)

bgh said...

Cuba bukak web ni.
Kalau boleh bgh harap sapa2 yg free dlm family kita sbtu ni 29/1 try join program ni. kat multimedia university.

cara nak daftar ada kat dlm web tu.

http://kemm1511.net/melaka/