Thursday, February 18, 2010

nostalgia zaman kanak-kanak

Main cak pelong
main tuju botol
main lon
tunggu pengantin bersanding jam 4.00 pagi
bangun pagi ke SK Paya Kerchut
pergi sekolah naik basikal/motosikal abang Cha/jalan kaki
tangkap ketam di jalan selepas hujan lebat
cari buah bacang,kerko,sentul,remia,guncar,keriang,mertajam,jentik,rotan,asam jawa,janggus,mata itik,rakna,kemuyu,staq,lemba,letup,larak,kote dll.
menonton tv di rumah Pak lang kadir
berjalan malam bawa jamong,lampu tanglung
pakai seluar pendek simpul
pergi rumah Kak Suraya di Bt. Lima Sik
Kak Suraya mai Paya Nedam
naik/tolak kereta sorong keliling rumah babatok di Kilang Lama Kulim
goreng biji gajus dalam takung getah di laman rumah
tangkap belalang, bakar dan makan
tangkap kumbang tanduk di pokok kote
pancing semut hitam di dalam lubang
tangkap anak patung/dayung
buat dan main wau di sawah musim kemarau
kena sengat oleh 2 ekor tebuan di kepala
sedih emak dan baba pergi Mekah 3 bulan
tangan patah jatuh basikal
tolong emak basuh pinggan mangkuk
tolong emak angkut air dari perigi
tolong emak buat kuih raya dan balut ketupat daun palas
kisar tepung beras
cari, potong dan susun kayu api ke atas panggau
beri ayam makan
makan bekal nasi dalam kebun getah belakang sekolah
cari dan pelihara anak ikan karin/pelaga
memancing di lubuk tanah liat
menimba dan tangkap ikan dalam kubang di sawah musim kemarau
makan daging goreng nasi bekal Cina Aleng - entah daging apa?
makan kuih bakul Cina Aleng bagi setiap tahun baru cina
beli roti benggali masih panas kat keling Mokhtar
basuh lantai rumah/lantai papan guna sabun fab dan berus tembaga setahun 1-2 kali
basuh tahi cicak atas lantai
lastik sarang tebuan dengan limau perut
mengaji muqaddam/quran dengan Tok Kedah tengahari dan malam
tidur bawah katil dengan bebudak mengaji quran yang kadang-kadang tak balik
sebelum maghrib tutup semua tingkap dan pintu
maghrib nyalakan lampu minyak tanah, tambah minyak jika perlu
jadi mentara rumah orang kawin, paling suka tugas basuh pinggan mangkuk
belajar naik basikal, bergesel dengan kawat duri
sangat takut jika orang suntik datang sekolah
kengerian nak kena bersunat
letak lampu minyak tanah dalam dulang besar berisi air untuk perangkap kelkatu
mandi perigi buta bawah pokok buluh sempadan Pak Teh Mat Lembik
jual jambu di sekolah
dapat hadiah komik keris berpuaka daripada Cikgu Ramli
berlakon drama keling botol di sekolah
nombor satu lumba jalan kaki dengan melompat ke garisan penamat, nasib tak batal
lawan bola sepak dengan SK Ayer Putih Dalam dan SK Padang Pusing
wakil catur sekolah lawan di Rumah Guru Alor Setar depan Maktab Mahmud
first time makan mi rebus sedap depan Kolej Sultan Abd. Hamid, Cikgu Mad bawa
makan nasi/tengahari rumah jiran
dengar babatok bersembang/bercerita dengan rakan-rakannya,macam-macam cerita
kena jual beli zakat fitrah kerana babatok tiba-tiba bangun pergi ke tandas
main tarik upih pinang
main kejar-kejar/aci dan terjatuh di hujung ekor ular tedung selar kelabu sebesar batang pinang
mercun roket yang di bakar melayang masuk atap rembia rumah, kecut perut
angkut air dari sungai malaysia dengan basikal di Pondok Chegar musim kemarau
tanam telur ayam dalam nasi yang air dah nak kering
dengar drama TP dan sandiwara di radio
basuh baju sekolah celup tepung ubi
seterika baju guna kayu arang
Tok Kedah goreng ayam yang telah dibuat sup, sebab anak nak makan jugak ayam goreng
malam mak suruh baca buku
kena sebat dengan lidi kelapa
Awang Pak Chik Mat Enoh langgar dari belakang dengan basikal waktu balik sekolah
main getah bulat
main jengket
cari lepek bawah rumah dalam lubang pasir halus
babatok hambat nak masukkan dalam guni
tolong potong bawang, daging dan siang ikan
pegang ayam apabila babatok nak sembelih
tangkap ayam untuk di sembelih
gembala lembu
mandi sungai di Pondok Guar Cempedak
kena penabuh dengan babatok
ligan burung puyuh
main/buat gasing
main laga biji getah
main congkak
main sorong kong/rim basikal/gerek
berbuka puasa, makan sahur, gendang sahur, solat terawih
tiup serunai batang padi
bagi lembu minum air garam
demam campak biji
buat pelita tempurung hari raya
sapu daun getah di ladang musim kemarau
menebas, menarah rumput, meyiram pokok bunga
naik basikal atas palang depan
malam pijak babatok
tengok panel meter kereta waktu malam jika sesekali makan angin ke KL atau P.Pinang

Wassalam.

12 comments:

Pak Anjang Baha said...

Salam,

Lama tak dengar berita dan tak jumpa. Semoga sehat waalfiat sekeluarga.

Oh ya lupa nak kenalkan diri .... saya Baha (anak Pak Chik Hj Husin).

Bila baca yang Sdra tulis tu.. terkenanglah masa di kampung dulu.. hanya tinggal kenangan yang teramat nolstagia. Kita yang se angkatan saja..

undia mari said...

hahaha,gelak pai terbit air mata,klaka+nostalgia .budak2 nijam dah x merasa,,,kitorg pun tak pnh merasa,,tu baru betul zaman kanak2 yg bmakna.

-ketam tu boleh makan ke?
-kenape mkn bekal nasi dlm pokok getah?
-tido bawah katel berantu kat bilik atas tu ke?
-hahaha...dapat ke babatok masokkan dalam guni?
-kenapa lembu kena minum air garam

Anonymous said...

Baha,tk kerana melawati blog saya,mmg lama kt tak jumpa, dg Wan tak la lama sangat sbb kami sama2 di UPM.

Soalan 1 (S1):ketam tu ketam sawah, 2 alam takleh makan.S2:Budak2 kan ke malu jk bawa bekal,lg pun syok sikit makan 2-3 org dlm semak dlm ldg getah.S3:bawah katil tu le himpit2 5-6 org.S4:Baba tak masuk, jk masuk mgkn dah kena buang kat laut Tg.Dawai.S5:Tabiat lembu suka garam/masin mcm org NS suka pedas dan org Ktan suka manis, lg pun bl ptg sng dia blk rumah sbb teringtkn garam.

anas said...

maen lon? lon tu ape?
mane pegi suku sakat cine aleng? takde pon cine kt paye nedam...
ke semue da pindah?

Anonymous said...

main lon tu main sembunyi2 waktu mlm,biasanya sementara menanti pengantin bersanding, sorang tukang cari the rest sembunyi, sesiapa yang dapat ditangkap/dikenalpasti mk next round dia lak kena jd tukang cari. Punya le lari/sembunyi takut kena tgkp tu la sampai ada yang terpijak kaca, paku tercebur longkang dll.
ALeng tu tinggal di Pendang dtg buat kebun di PNedam dgn adiknya AHock,ALeng naik motor AHock kayuh bskal sbb otak tak bpa sihat,kbun tu da lama dijual, bl thari ALeng akan makan nasi bekal bawah pokok rmbai kt yg telah ditebang oleh abg.Mail tu.

bgh said...

have done:

-tolong potong bawang, daging dan siang ikan
-pegang ayam apabila babatok nak sembelih
-tangkap ayam untuk di sembelih
-pancing semut hitam di dalam lubang
-tangkap anak patung/dayung
-tolong emak basuh pinggan mangkuk
-beri ayam makan
-sebelum maghrib tutup semua tingkap dan pintu
-dengar babatok bersembang/bercerita dengan rakan-rakannya,macam-macam cerita
-sangat takut jika orang suntik datang sekolah
-malam pijak babatok

many things not done yet.

tapi ade satu benda dah buat tp bab tak buat:

-main telor tembelang dan pecah meletop kat garaj keta bawah pkok ciku. kena marah ngan maklang kesang. konon2nye jumpe telor ajaiblah.haha

write more. nostalgia

soalan penilaian:

1- siapakah kak suraya?
2- bila baba patah tangan? tak penah tahu pon
3- bnyk nama dlm pos ni tak kenal.

undia mari said...

konon2 jumpe tolo ajaib, dijolok2 molotup tolo..busuk ompek2 beradek.takut punyo pasal..nyorok diam2 dalam bilik dopan..mano nak disorok e bau tolo tomolang...kono marah ngn maklang

baba said...

Arwah Kak Suraya ialah anak sulung Arwah Lebai Daud dan Arwah Kak Som iaitu org yg menjaga kebun babatok di Bt Lima.Kak Suraya berkahwin dg Abg Desa,kedua2nya sangat baik,tidak dikurniakan anak,sebelum kawin selalu dtg ke PN dan duduk hingga berminggu2, baba pun selalu dtg dan tidur di rumah Kak Suraya,beliau meninggal kerana sakit jantung,ketiadaannya satu kehilangan.
-Patah tulang yg atas, lengan tangan kanan, jatuh basikal semasa menuruni gon/bukit depan kedai runcit PN tu,dirawat oleh Arwah PakLong Karin pawang patah Kg Lahar Batu di seberang sana sawah tu, kejadian tu semasa di sek ren.
-PChik Md Enoh ialah imam surau PN, Awang ialah class mate baba di sek ren kawin org Kg Baru Sg Tiang,Arwah PT Md.Lembik ialah jiran sebelah yang banyak pokok ciku tu, Cikgu Ramli ialah guru MM SKPK, cikgu Mad ulang alik dr Tongkang Yard AS naik volkswagen.

bgh said...

soalan lg.

1-lepek bawah rumah apa?
2-bila stat bela kambingkat rumah tok tu?
3-kenapa basuh baju mesti celup tepung ubi? nanti kalau pakai tak gatal ke badan?
4- SK paya kercut sama ngan SK hj mat dahan ke?

nanti pasni bangah nak pos satu gambau kat blog. mcm mesir pengisar tepung. tangkap kat umah nek induk terentang. tapi tak tau betul ke tak. nnt dah pos bgh msj.

anas said...

ade lg 1 saoalan

sape punye bilik kat atas rumah yg ade katil tinggi tu?

bgh said...

itu bilik hantu. aku pun takut nk masuk. ko tnye kaklong sbb die selalu masuk

baba said...

Lepek ialah sejenis hidupan kecil,warna kehitaman,tidak berkepak,rupa bentuk macam anak lipas,berumah dlm pasir debu bawah rumah,duduk di tengah2 lubang pasir berbentuk kon terbalik,debu lubang tsb dihembus sampai kt nampak lepek,ia boleh dibuat umpan memancing. Lepas dibilas celup baju tu dlm air tepung ubi/sagu,setelah kering baju tu akan jadi keras dan bila diseterika dg seterika arang saiznya akan tetap tecacak sampai 2-3 hari. Ya SKPK = SK HJ.MD. Tok Kedah(TK) mula bela kambing l.kurang sekitar umur abang Budin, seekor kambing betina dibeli drp arwah abang Lazim dg harga RM16.00 sbb arwah nak buat bayaran bersunat anaknya,rumah arwah kira2 100m drp rumah TK sebelah matahari jatuh,kini dah tiada. Bilik atas yg ada katil tembaga tinggi tu tak ada sapa2 punya, siapa2 pun boleh tidur situ terutamanya pengantin baru.