Saturday, June 20, 2009

Yang Menyeronokkan

Ada banyak perkara yang boleh menyeronokkan kita. Zaman kanak-kanak cukup seronok kalau dapat keluar pada hari Sabtu ke Pekan Pendang kerana ada ‘pekan hari’ pada setiap hari Sabtu macam Jasin jugak – Zaman bayi pula agaknya cukup seronok kalau dipeluk dan didukung oleh ibu atau sesesiapa sebab itulah boleh berhenti menangis sebaik saja didukung,seronoklah tu. Masa remaja pula cukup seronok jika dapat pergi ke Alor Setar naik bas UTC nombor 6 (Pendang-Alor Setar) – semua budak akan berasa seronok apabila dapat mainan baru, baju baru,menanti hari raya menjelang pada setiap bulan puasa dan sebagainya – Masa di U dulu cukup seronok kalau dapat balik kampung setiap kali cuti semester.

Justeru itulah apabila dah sampai usia patut berkahwin, ada sesetengah orang muda eggan berbuat demikian walaupun dia ada kemampuan, mungkin dia takut setelah berkahwin nanti maka berakhirlah segala keseronokan yang sedang dikecapi selaku orang bujang, umpamanya tidak dapat lagi melepak dengan kawan-kawan hingga larut malam, terikat dengan isteri dan anak-anak, tak boleh nak merapu lagi dan sebagainya – Sebenarnya itu adalah satu premis berfikir atau andaian fikiran yang tak berapa betul – Kebiasaannya apabila seseorang itu menamatkan zaman bujangnya, maka semua keseronokan yang hilang itu akan diganti oleh Allah dengan keseronokan alam rumah tangga yang jauh lebih menyeronokkan – Suami seronok isteri melahirkan anak-anak, seronok membesarkan anak-anak, seronok melihat keletah anak-anak, seronok melihat anak-anak dapat/mahu belajar hingga ke peringkat tinggi, seronok anak-anak mahu sembahyang,puasa,tahu/selalu baca Quran dll – Semua ini jauh lebih menyeronokkan berbanding seronok naik pangkat,naik gaji,naik kereta besar/baru dll seperti langit dengan bumi – Keseronokan-keseronokan seterusnya insya-Allah ialah ketika anak-anak masing-masing membawa balik segulung ijazah, ketika melihat anak-anak melangkah masuk ke alam kerjaya, ketika mereka membina hidup berumahtangga dengan manantu-manantu, seterusnya ketika mereka membawa balik cucu-cucu ke rumah babatok.

Kesimpulannya , semua keseronokan di atas tidak datang bergolek tidak datang melayang, semuanya terhasil ekoran daripada melakukan sesuatu pada masa yang betul, seperti berkahwin sesudah ada kerja, membuat persediaan ilmu (terutama ilmu yang 3 tersebut),persiapan psikologi dan personaliti, pilih calon isteri yang sesuai/betul dan sebagainya yang hakikatnya terlebih dulu Allah telah tentukan – Sekian.

8 comments:

bangah said...

suke entri ni terutamanya part ni

"Masa di U dulu cukup seronok kalau dapat balik kampung setiap kali cuti semester."

Hasanah said...

betul3..
suka jugak baca entri ni

"Semua keseronokan di atas tidak datang bergolek tidak datang melayang, semuanya terhasil ekoran daripada melakukan sesuatu pada masa yang betul, seperti BERKAHWIN SESUDAH ADA KERJA...

kalau TER kahwin time tengah belajar macam mana ba?

Ni soalan bagi pihak bangah..
hehe! =p

wancimah said...

ko nk kawen ke. ko ni...apak ade kat gumah depan mate ko g tanye soklan lam blog

voyageur said...
This comment has been removed by the author.
voyageur said...

kagum...walau pn x panjang mane...byk ilmu yg bergune...tq...terase...teros kn menulis...

na mat aneh na said...
This comment has been removed by a blog administrator.
anas said...

btol2....mmg sronok dpt blk rumah bile cuti...
tp lg sronok klau balek tu ade orang jemput...haha

bangah said...

haha. bunas ngengade. balik bjemput.pegi berantau. awak bukan kecik lagi..

part paling tak best bile dah dekat2 nk smpai balik kat tempat belajau kan?
nafas turun naik-jantung berdebar-makan tak lalu-jalan pun lemah je