Manusia setelah ia berilmu-barulah menjadi insan yang bermakna. Ilmu apa? Ada macam-macam ilmu. Mengikut syarak ada tiga disiplin ilmu yang berstatus fardhu ain iaitu yang wajib dituntut/dipelajari oleh tiap-tiap orang/mukallaf-iaitu ilmu feqah,tauhid dan tasauf. Tanpa tiga ilmu ini ditakuti buat apa pun tidak jadi ibadat. Juga ditakuti jadi sia-sia saja Allah SWT beri kita peluang hidup di atas dunia ini. Dunia ialah jambatan ke akhirat. Ingat! Akhirat ada dua dimensi iaitu syurga dan neraka. Jagalah agar dunia ini tidak menjadi jambatan ke neraka (dijauhkan Allah). Jadi,setiap orang yang mengaku beriman kenalah mahu tidak mahu mempelajari 3 bidang ilmu ini. Setidak-tidaknya merangkumi topik-topik yang berkaitan dengan amalan/rutin hidup sehari-harian sama ada amalan wajib, sunat atau harus sama ada amalan dunia mahupun akhirat. Belajar ialah satu proses yang memakan masa. Proses ini perlu diselitkan di dalam proses kehidupan kita. Beruntunglah bagi mereka yang telah menyempurnakan proses ini ketika usia masih muda . Masalahnya apakah ukuran minima untuk melepasi garis kewajipan dalam mempelajari 3 ilmu di atas? – Senang saja – Belajarlah secara berguru dari kulit depan hingga kulit belakang sekurang-kurangnya sebuah kitab bagi setiap bidang ilmu tersebut. Tanpa sengaja ponteng-ponteng atau tebuk sana tebuk sini. Kesimpulannya ada banyak lagi ilmu yang kita kena pelajari mencakupi ilmu dunia dan ilmu akhirat. So, Nampak-nampaknya kenalah kita belajar dari buaian hinggalah ke liang lahad
-insya-Allah.
-insya-Allah.
5 comments:
"belajarlah secara berguru dari kulit depan hingga kulit belakang sekurang-kurangnya sebuah kitab bagi setiap bidang ilmu tersebut-tanpa sengaja ponteng-ponteng atau tebuk sana tebuk sini"
Ba. Dalam medic kena aplikasi ke? hehe. kalau bangah baca mesti tebuk sana-sini. Tak pernah pon baca kulit ke kulit. baca pon tak pernah habis. hehe
p/s: selamat berblog. Selalulah update
pokcek ada blog no
maksudnya ilmu yang 3 tuu, itu pun jika mula dari zero, tak bolehlah nak tebuk sana tebuk sini - bila dah dapat lesen ilmu yang 3 tu pandai-pandailah kita, macam lesen kereta jugak jika tak ada polis trafik atau jpj kita punya lah jalan tu.
oic..
yg tiga itu: fiqh, tauhid, tasauf
"macam lesen kereta jugak jika tak ada polis trafik atau jpj kita punya lah jalan tu"
sekarang banyak speed trap..hehe
Haah..
pandu cermat jiwa selamat..
Haritu Anas dah kena saman sebab bawak laju.
hehe
Apa2 pun,
Dalami ilmu yang 3 tu
Nescaya selamat dunia akhirat
InshaAllah
-Mahu terus belajar-
Post a Comment