Tuesday, June 15, 2010

Babatok (2)

Babatok (BT) tidaklah garang sangat, tapi anak-anak memang takut,budak-budak kampung pun takut kat dia,garang dia pun garang bertempat,tidaklah dia jenis suka baran tak tentu pasal.Paling dia pantang jika kita berkelahi adik beradik (itu yang nak kena masuk dalam guni tu) atau jika berkelahi dengan jiran dan jika apa yang kita buat menyalahi syarak serta adat resam memanglah kena marah/tengking, pernah satu hari dia pergi tengking sekumpulan orang kampung tua/muda sedang laga ayam, habis berterabur lari,ayam pun cabut lari sama. Dengan anak-anak dia tak ada nak gurau-gurau, jika dia nak suruh buat sesuatu suruhlah saja, jika dia nak cakap sesuatu cakaplah saja,tapi memang jarang/tak pernah dia saja2 nak bercakap dengan anak-anak,suruh belajar suruh baca buku suruh mengaji Quran pun tak pernah,sebab falsafah BT ialah duri di hutan boleh tajam sendiri tanpa perlu ada sesiapa pun menajamkannya - begitulah BT. Jika Tok Yah Doi lagi pulak bukan saja nak bercakap takut,nak pandang mukanya pun takut,orang tua pun takut. Paling nak jaga ialah jika BT sedang tidur siang hari dalam bulan puasa,janganlah bising tak tentu pasal hingga dia tersedar daripada tidur alamatlah ada yang kena tengking petir - Tapi BT hanya garang dengan anak-anak semasa kami kecil hingga umur darjah 6 saja, bila dah naik tingkatan satu dan seterusnya dia taklah garang lagi.

Masa BT masih ada dulu boleh dikatakan hampir setiap hari ada orang/tetamu datang rumah, tak datang pagi petang datang,malam pun ada yang datang,tak orang jauh orang dekat datang,paling tidak pun jiran sekampung yang datang,maka berbual dan berceritalah tentang pelbagai perkara,baba pun tumpanglah sekaki menjadi pendengar setia. Sebab agaknya BT ialah anak tok guru serta abang ipar Pak Chu Him maka banyaklah kawan dan kenalan dia tak kira tua dan muda, sebut Pak Chik Mat Paya Nedam semua orang kenal. Lagi pun orang dulu2 cukup hormat dengan tok guru hingga anak tok guru pun turut dihormati sama, lebih-lebih lagi hampir semua tok guru pondok lain,imam-imam,lebai-lebai kampung di daerah Pendang, Sik, Baling dll semuanya pernah belajar di Pondok Gajah Mati. Namun kekuatan sebenar BT ialah kerana dia seorang yang peramah,pemurah serta cukup menghormati orang lain. BT boleh bercakap negori dengan fasih hingga orang NS sendiri pun tak sangka BT orang Kedah sebab BT banyak bercampur dengan orang NS yang memondok di Gajah Mati, BT juga boleh bercakap bahasa Banjar dan Mandailing dengan baik melalui percampuran dengan mereka, itulah antara keistimewaan BT yang mungkin jarang terdapat pada orang lain.

Rutin harian BT ialah beri ayam makan padi dua kali sehari pagi dan petang, kadang-kadang dia ke ladang getah menebas semak atau membetulkan pagar yang roboh,kadang-kadang dia pikul senapang laras dua buatan Belgium keliling kampung tembak tupai yang datang makan kelapa atau tembak biawak yang makan anak ayam, jika ada kenduri kawin di Paya Nedam atau di kampung-kampung sekitar maka BTdan kumpulannya akan berzanji dan marhaban,satu lagi hobi BT ialah menggomol anak kucing, jika dia terjumpa dengan anak kucing/kucing dimana-mana memang lunyailah kucing tu terkiak-kiak digomolnya, sambil tu dia ketawalah menengok anak kucing tu jadi tak tentu harah - Seronok jika BT masih ada - OK jumpa lagi.

5 comments:

kundia said...

oooo...baru cheq tau mane dtgnye keturun suke picit anak kucing.

p said...

hahaha..

nnt da besar nak tulis jugaklah ayat macam ni utk anak2 baca:

"Tapi BT hanya garang dengan anak-anak semasa kami kecil hingga umur darjah 6 saja, bila dah naik tingkatan satu dan seterusnya dia taklah garang lagi."

kucing tgh tidor senyap2, gi tepok bg die tkejut.hahaha.

bgh said...

selamat hari bapa..

youre the greatest one!

alawi said...

SELAMAT HARI BAPA!!!

bgh said...

ada org yang boleh cakap siam dlm famili kita

bunas!

yang lain semua boleh cakap negeri 9
hasil didikan nek apo n tok hasan!

dan paling spesel emak. kerana beliau memahami bahasa haiwan terutamanya angsa.