Wednesday, October 7, 2009

Ramadhan ( 4 )

Dulu-dulu pun ada jugak main mercun, iaitu mercun tarik, mercun beras dan mercun biasa yang bersaiz punting rokok tu. Mungkin waktu tu ada lagi mercun-mercun jenis lain, tapi yang budak-budak paya nedam main kala tu hanya yang 3 di atas tulah saja, bunga api pula ialah yang jenis kawat dawai, bila bunga api dah habis percik yang tinggal di tangan hanya kawat dawai. Zaman tu ibu bapa tak banyak duit, semua mereka kerja kampung saja, semua mereka tak kompromi langsung dengan pembaziran untuk membeli mercun dan bunga api yang di jual di kedai Tok Pek Yam (the only kedai runcit di p.nedam, dan pindah ke Pendang lepas kejadian 13 Mei 69) - Tapi segarang-garang babatok pun, jika tak salah ingatan ada jugak dia belikan mercun dan bunga api untuk anak-anak dia main, dia tau setahun sekali anak-anaknya nak berseronok menjelang hariraya. Babatok ni paling garang dalam bulan puasa la, jika dia tengah tidur waktu petang atau tengahari, tiba-tiba kita berjalan terkuat sikit atas rumah lantai papan, alamat kena tengking petir, jika nasib tak baik penampar/penabuh jepun pun sama sampai, so jika nak selamat kenalah berjalan perlahan-lahan tonjitkan tapak kaki tumit jangan jejak lantai sebab rumah kayu dah tua lantai papan memang mudah mengeluarkan bunyi berkeriut-keriut. Ada juga budak kampung yang pandai buat meriam buluh, ada yang buat meriam tanah iaitu buat lubang dalam tanah, bunyinya lebih kuat dan lebih padu daripada meriam buluh hingga menghasilkan gegaran.


Bila umur dah tua dah melebihi 40 atau 50 tahun tak salah jika nak main mercun, tapi puasa orang golongan umur ini lebih kepada nak tambah amal ibadah seperti puasa nak penuh serta berkualiti, solat terawih nak 20 rakaat tiap-tiap malam, 10 malam terakhir nak qiamullail (jika mampu tiap-tiap malam sejak 1 puasa). nak khatam quran minimum sekali, nak solat berjemaah setiap waktu sepanjang ramadhan, banyak berzikir berselawat berishtigfar, cuba dapatkan lailatulqadar dan sebagainya - semua ini sesuai dengan pandangan ulamak yang mengatakan ramadhan umpama kem latihan untuk membaiki diri selaku hamba yang lemah. Sebenarnya puasa, solat terawih, khatam quran seperti dinyatakan di atas dan puasa 6 merupakan 'satu standard' yang patut tertanam/terbiasa dalam diri sebaik saja kita mencapai umur lepas SPM, jangan dinanti umur dah meningkat baru kebiasaan ini nak disemai, sukar jadinya- sebagai orang muda macam-macam nak dibuat, nak tonton astro, nak karaoke, nak menyanyi, nak melancong, nak main futsal dan sebagainya, tapi 'standard' tersebut di atas mesti digapai dalam masa yang sama, itulah antara bukti disiplin diri. Sekian.

2 comments:

bgh said...

dulu-dulu yg main mercun budak2. tp skrg bapak budak pon main. nak main mercun kena tunggu pak usu balik. kalau tak blk mang tak mainlah. nak bunga api mintak kat pak khalid.

minggu depan bgh exam. skrg ni 3 minggu sekali ada exam. rumah pulak tak pindah lagi. iA khamis depan lah kot. 4 bilik LE 1000. duduk berempat. tambah sorg ahli beyt junior thn 2.

doakan exam nnt.

baba said...

masa menulis tentang main mercun tu tak teringat pulak sekarang ni ianya adalah salah di sisi undang2 negara - kami doakan bangah akan selalu berjaya insyaAllah - tentang pindah rumah tu, memang dlm hidup ni dari masa ke semasa kita kena pindah dlm banyak perkara demi ke arah yg lebih baik.