Wednesday, August 19, 2009

Ramadhan ( 2 )

menyambut serta menjalani ramadhan pada zaman kanak-kanak dan remaja sangat nostalgik. Seronok ketika berbuka puasa dan akan lebih seronok lagi apabila menjelang hari raya. Tapi nak tunggu saat dapat berbuka sejak pagi sampai tengahari hingga ke petang rasa bukan main lama. Rasa, masa berjalan begitu perlahan dalam bulan ramadhan zaman itu. Jenuh menunggu. Kebanyakan budak-budak kampung waktu itu semuanya berpuasa walaupun tak dapat upah (Tak macam Rauf dan Alawi, tahun ni naik kepada rm3.00) kalau ada pun jika boleh dianggap sebagai upah ialah janji oleh ibu atau ayah masing-masing untuk membeli baju dan seluar raya di Pekan Sabtu Pendang, itu pun kadang-kadang ada kawan yang hanya dapat uniform sekolah baru buat pakai hari raya seterusnya pakai pergi sekolah-kira 2 in 1 lah tu. Itu pun bersyukur, tak pandai nak protes-protes macam bebudak sekarang. Hal ini demikian kerana sikap masyarakat kita masa tu jika tak solat ok lagi, tapi jika seseorang itu tidak berpuasa memanglah akan dilihat sebagai sangat leceh serta haprak.

Alat hiburan yang ada masa tu hanyalah radio, tv memang tiada sebab elektrik pun belum ada, kalau ada pun tv time tu hanya orang kaya saja yang mampu beli. Setiap hari bila dah hampir dengan waktu berbuka, maka masing-masing pasang telinga dengar azan di radio, bagi yang tiada radio boleh tunggu dengar dentuman meriam yang ditembak di Alor Setar pada setiap hari sebagai isyarat waktu berbuka, sebab kampung agak jauh dari AS kadang-kadang bunyi meriam tu tak kedengaran, maka kenalah pula berpandukan bulu roma di lengan atau bunyi gendang maghrib yang dipalu di surau, biasanya gendang dari surau Pondok Gajah Mati/Pondok Bawah.

Malam. Pergi solat isyak dan terawih di surau. Lelaki, perempuan dan kanak-kanak ramai yang ke surau. Jika malam tu moreh laksa maka kehadiran akan meningkat, surau hampir penuh (maklumlah, zaman tu tak ada KFC tiada pizza tiada kebab so kalau laksa tu kira speciallah). Terawih 20 rakaat, tambah witir 3. Jam tu puak 8 rakaat belum muncul lagi. Setiap kali selesai 2 rakaat maka semua jemaah akan berselawat beramai-ramai kuat-kuat sekuat-kuat hati terutamanya kanak-kanak, boleh didengari hingga ke kampung-kampung sebelah - kalau menu moreh malam tu sedap, maka makin kuatlah berselawat gegak gempita bergegar balaisah. Habis terawih makan moreh. Sebelum balik rumah, ada satu soalan yang perlu ditanya, 'malam esok moreh apa?' - sekian dulu.

7 comments:

anak pakteh baei said...

skrg kalau kat surau, yg selawat paling kuat sekali sapa?
PAK IJAN! kadang2 suara tok wahid sambung kat hujung2. nnt kite dgrkan reramai

anakImam said...

surau buat bape rakaat tawarih??

anak tok kadi said...

hhaha,,,mcm sedap pose zaman dedulu .meriah! dah lame x bukak pose reramai kat lipat kajang,tu pun mcm sedap jugak.ramadan ni buatle.

Anonymous said...

20terawih + 3witir

anak pakteh baei said...

nak buke kat lipat kajang kena ade reramai lah.
kalau ade2-3 kerat tak best lah.

cucu2 tok abas yg balik bercuti boleh lapor diri kepada unit pendaftaran (bangah) kalau korg balik.

next week sanah pon ada. so kalau ada sapa2 yg balik bolehlah bgtau.

4 rakaat Isyak

anak cigu slemi said...

aku pon nk balekk!

anas said...

tp plg best skali part abes traweh tu..... lpas j selawat.... msti dgr mnde ni...


'WIITIRRRRRRRRRRR'