Tuesday, April 9, 2013
Bersyukurlah
Dalam tatabahasa Bahasa Melayu, jalan ialah kata nama,berjalan-jalan pula ialah kata kerja,manakala frasa 'suka berjalan'pula ialah kata adjektif.Ini perlu diketahui oleh sesiapa yang belajar tatabahasa Bahasa Melayu.Bukan ini yang mahu diperkatakan di sini,kerana ianya kurang menarik malahan boleh cepat mengundang kebosanan,sebaliknya tentu lebih seronok jika kita melihat ragam sianak kecil yang sedang belajar berjalan jatuh-bangun jatuh-bangun di samping tidak dapat membrek atau membelok jika ia sedang berjalan menuruni dari tempat yang agak tinggi.
Rakyat Malaysia beruntung kerana dapat hidup di dalam sebuah negara yang aman.Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan kenyataan ini.Namun jika dibandingkan dengan kebanyakan negara di benua Asia dan di benua-benua lain,maka sukar mahu disangkal bahawa Malaysia sememangnya jauh lebih aman malahan cukup aman,kelimpahan pendatang haram mahupun yang dengan izin sahaja pun sudah lebih dari cukup sebagai buktinya.
Kalau sudah aman maka nak bekerja/nak cari makan pun senang.Kerja sendiri senang,kerja makan gaji senang,ada pula yang lagi nak senang sampai langsung tak mau bekerja/memilih kerja bukannya kerja tak ada,sebab itulah macam-macam pendatang pun muncul,termasuklah pendatang yang datang untuk bekerja sebagai penjenayah.Salah siapa?
Itupun juga bukanlah perkara yang mahu diperkatakan di sini.Yang mahu diperkatakan ialah bagi mereka yang dianugerahkan rezeki oleh Allah SWT seterusnya jika ada sedikit lebihan setelah ditolak bayaran pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan, samada amanah terhadap anak-anak,keluarga,masyarakat dan sebagainya,maka agaknya tidaklah menjadi satu kesalahan jika memperuntukkan sebahagian daripada lebihan rezeki berkenaan untuk pergi barjalan-jalan melihat meninjau negeri/negara orang,selepas itu setelah kembali semula ke tanahair mudah-mudahan kita akan menjadi lebih bersyukur kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia.Justeru sebagai salah satu tanda terima kasih maka bagi rakyat yang telah cukup umur kenalah keluar mengundi beramai-ramai dalam PR13 yang tak berapa hari lagi,lebih-lebih lagi bagi mereka yang selalu atau saban tahun berpeluang keluar negara tak kiralah samaada atas urusan negara atau urusan peribadi(melancong) atas sponsor atau belanja sendiri,tak kiralah hanya sekadar beberapa hari atau bertahun-tahun baru kembali.Tak kiralah!
Sekian.Jumpa lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)